Sunday, July 20, 2008

The Dark Night

Posted Lady B at 3:24 PM


Semalam aku pergi Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebab suami kepada kawan aku meninggal dunia.Walaupun aku tak membantu apa-apa pun,tapi rasanya sebagai kawan dan jiran aku pergi jugak kat hospital tu.Aku duk kat hospital tu dari pukul 9 pagi sampai la pukul 12,sehingga jenazah dibenarkan untuk disimpan.Lepas tu aku pegi ke rumah arwah di Laguna Park dan stay kat situ sampai jenazah ditanam di tanah perkuburan Pulau Indah.

Al-Fatihah untuk arwah Abang Joe (Johari) suami kepada Makcik Minah.Arwah merupakan kakitangan Imigresen di Port Klang,Selangor.Amin.

Bila adanya kematian aku rasa diri aku banyak dosa.Dosa yang sengaja atau tak sengaja.Dosa kat parents aku,family aku dan pada semua orang la.Mintak-mintak dipanjangkan umur lagi sebelum sempat untuk mohon ampun.

Dah semua settle aku keluar semalam,memang dah plan pun nak keluar.Aku pegi KLCC dengan kawan dan tengok wayang lagi.Tiap-tiap minggu aku tengok wayang ni.Tapi orang nak belanja,apa salahnya kan.Thanks buddy.Lainkali boleh belanja lagi.Tengok cerita Dark Night memang best la.Memang tak menyesal la kalau sape-sape yang plan nak tengok.Dark Night ni sambungan dari sequel Batman Begins (2005).

Cerita ni dah dapat kutipan $155.34 million baru seminggu ditayangkan,kalah Spider-Man 3.Memang thrill la sebab Batman terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan kota Gotham dan penduduknya daripada penjenayah yang psiko,The Joker.

Mungkin cerita ni ramai yang nak tengok sebab pelbagai spekulasi berkaitan dengan kematian Heath Ledger yang melakonkan watak The Joker.Beliau ditemui meninggal dunia pada 22 Januari 2008 di apartmentnya dengan sejumlah pil tidur berdekatannya.Mungkin kes bunuh diri atau dos berlebihan.Tapi apa-apa pun memang cerita ni best.5 star la aku bagi.



+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei