Monday, April 11, 2011

Baby Carnival Sale 2011

Posted Lady B at 4:00 PM 0 comments Links to this post

Baru perasan ada baby carnival di Ampang Point.Dah lama start tapi minggu ni last.Wah boleh la shopping sakan baju baby.Baby yang belum pi tengok ni ramai gak.Tahun ni berapa ramai kawan aku beranak.Produktif sungguh.


Itu yang dah beranak,yang akan beranak bulan ni dengan bulan depan.Bulan puasa adik ipar aku nak beranak gak.Adik aku lepas raya seminggu.Sempat la ko makan sesedap time raye tu nanti ye Dyla.


Yang best kalau shopping,baju baby girl la kan.Semua cumil-cumil.Cute giler.Yang boy susah sikit sebab tak banyak choice.Yang girl memang banyak,siapkan duit je.


Ok,ini info Baby Carnival 2011 :-


Tarikh : 7hb April 2011 - 17hb April 2011

Tempat : Ampang Point (Main Concourse Area)


Lady B : Moh la kite pi memborong.Kopak la bulan ni.Dah la besday MHY tuh minggu ni.



+++ laislabonita +++

Nak Semak Status Halal JAKIM Guna SMS Pun Boleh

Posted Lady B at 3:58 PM 0 comments Links to this post

Selalu kan bila dah sampai rumah,kita terlupa nak check dalam website atau call JAKIM tentang kehalalan kedai-kedai makan yang kita pergi kan.So sekarang dah senang sebab JAKIM dah sediakan perkhidmatan mySMS.


Bila lalu je kat kedai ke,hotel ke,restoren ke terus SMS ke JAKIM. Caranya dengan type :-


HALAL <> SEMAK <> NO.PENDAFTARAN SYARIKAT (ROC)

Cth : HALAL SEMAK 12345X

Hantar ke 15888


Kalau untuk semak permohonan sijil halal pun boleh SMS jugak,dengan type : -


HALAL <> STATUS <> NO. PERMOHONAN

Cth : HALAL STATUS 20091231101010

Hantar ke 15888


So,senang kan.Maklumat di hujung jari jek.



+++ laislabonita +++

Friday, April 8, 2011

Komen Ibrahim Ali Mengundang Marah

Posted Lady B at 6:22 PM 0 comments Links to this post


Komen Ibrahim Ali mengenai isu video seks Anwar Ibrahim membuatkan ramai pihak terutamanya orang perempuan lah sakit hati.Ada ke patut cakap suami makan luar ni disebabkan isteri tak melayan suami.Ke kena sindrom merapu lepas operate jantung hari tu.




Katanya lagi,hak suami untuk melakukan seks dengan isteri mereka pada bila-bila masa.Tak kira la isteri sedang masak ke atau tengah bersiap nak keluar.Si isteri ni kena berhenti dari aktiviti yang sedang dilakukan.Kalau tak dilayan,nanti suami akan cari di tempat lain.Atau pergi ke tempat-tempat sulit dan melakukan seks dengan sesiapa sahaja.Dari situ timbullah video seks si polan bin polan.




Ni nak bagitau kat Pak Berahim,dalam Islam memang menyuruh isteri melayani suami tapi tengok lah tempat dan masa.Ini tidak,balik je rumah,nampak bini tengah masak pun nak kena stop layan nafsu laki dulu la lepas tu sambung balik masak.Macam tu ka??? Ate,ikan kat dapur tu hangit la wei....Tunggu lah lepas makan malam ke.Time nak tido ke.Adoyaiiii Agak-agak la kan kalau nak stim pun.




Ni mesti kat office dok layan video seks je keje.Dalam kereta stim sorang-sorang.Lepas tu sampai rumah isteri tak nak layan mengamuk sakan.Malam-malam keluar cari awek budak sekolah.Lepas tu bikin video sendiri.Sendiri layan.Bila dah tersebar,malu la nak keluar rumah.Baru nak nyesal.Panjang tak aku goreng Pak Berahim.Ini suami yang hanya fikirkan seks semata-mata dalam hidup dia.




Lagi satu nak bagitau,memang isteri perlu melayan suami dengan baik tapi suami perlu lah menjadi suami yang baik jugak.Bukannya baik atas katil je weiiiiii.Nafkah lain pun wajib jugak.




Macam ada pengalaman je Pak Berahim nye komen.Kalau tak nak orang marah ke benci,lebih baik senyap dari berkata-kata.Bila terlebih kata,lain pulak jadinya nanti.Kalau nak glamour pun agak-agak lah kan.Nak join BN pulak ke PRU-13 ni? Komen Ibrahim Ali





+++ laislabonita +++


Thursday, April 7, 2011

Gempa Bumi Di Sumatera

Posted Lady B at 3:25 PM 0 comments Links to this post

Gempa bumi di Japan 2004

Gambar : National Geographic

Semalam berlaku gempa bumi sederhana di pantai barat Sumatera Utara,Indonesia 5.8 skala Richter pada pukul 10.01 malam.


Gegaran terasa di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia,belah-belah Pelabuhan Klang.Kalau di Pulau Indah mungkin terasa gegarannya.Macam tahun 2005 kalau tak salah.Tapi dulu disebabkan tsunami di Sumatera.Semalam cuma gegaran kecil dan tiada ancaman tsunami.


Walaupun tak ada tanda-tanda tsunami akan berlaku tapi perlulah berhati-hati. Malang tak berbau kan.Kalau berbau mesti senang je boleh detect.Jadi,kena sentiasa waspada dan ikuti perkembangan semasa.


Ni mungkin bala dari tuhan.Bala bala bala....


+++ laislabonita +++

Bangunan SPRM Berhantu????

Posted Lady B at 3:03 PM 0 comments Links to this post

Yeke nih? Hahahahahaha...... Mana ade lah.Bukannya bangunan berhantu tapi orang yang naik hantu.Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai,arwah ni cuma guna kereta CRV lama dengan motor Kriss sahaja dan arwah tinggal dalam kuarters Kastam Kelana Jaya.


Kalau betul la arwah nak bunuh diri sekalipun,buat apa la dia nak pegi jauh-jauh.Naik je kat bangunan kuarters yang dia duduk tu,lagi tinggi. Perkara mati ni bukan boleh dibuat main.Mengambil nyawa sendiri bukannya senang dan salah di sisi agama Islam.Lagipun arwah seorang imam di surau kuarters,mana mungkin dia akan ambil jalan mudah dengan bunuh diri.Kita bercakap mengenai seseorang yang alim okay.Takde kena mengena dengan ustaz yang bunuh budak sekolah pasal kes kecurian.


Tapi mengambil nyawa orang lagi lah salah dan berdosa.Dah la salah orang lepas tu nak letak kesalahan atas si mati.Maklum lah arwah dah tak ada,boleh lah orang di luar cakap macam-macam.Bagi statement yang menjerat diri sendiri,ala-ala statement pun cam budak darjah 3.Adoyaiiiiiiiiiii.........


Secara logiknya,boleh tak kita pergi pejabat orang,officer lagi,nak masuk dalam bilik dan duduk sorang-sorang.Lagipun kebanyakkannya bilik-bilik pejabat ada cermin dan boleh nampak dari luar apa yang berlaku kat dalam.Ni setahu aku la kan.Melainkan bilik Ketua Pengarah.


Kita tengok je nanti apa lagi statement yang akan dikeluarkan.Tapi lagi banyak statement lagi banyak penipuan dan dimanipulasi pulak oleh wartawan-wartawan nih.Bukan niat nak cakap yang warga Kastam nih suci murni gitu,ada segelintirnya yang hitam berkarat.Tapi masalahnya ialah dorang dah tuduh orang yang salah.Itu je.



+++ laislabonita +++

Wednesday, April 6, 2011

Terjatuh Atau Dibunuh?

Posted Lady B at 8:05 PM 0 comments Links to this post
Ini lah bangunan SPRM yang katanya tempat bunuh diri

Source gambar : MalaysiaKini

Pagi ni berita sedih menimpa warga Kastam DiRaja Malaysia dengan kematian mengejut Penolong Pegawai Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara,Selangor,Ahmad Sarbani Mohammed,56 tahun yang dipercayai terjun dari bangunan SPRM.


Ada ke orang nak bunuh diri macam tu je.Macam tak berapa logik kan.Arwah bunuh diri ke terjatuh ke atau dibunuh? Dah jadi macam tempat bunuh diri pulak office SPRM ni,kalau betul dia bunuh diri lah kan.Tapi apa yang dikatakan di sini,adakah logik seseorang yang dengan rela hati pergi ke Pejabat SPRM dan bunuh diri selepas disoalsiasat??????? Apakah ?????


Sepatutnya kena letak cctv kat luar office SPRM ni,senang nak monitor dan tunjuk bukti.Tapi yang pelik kenapa tak ada sape nampak dia terjun dari bangunan tu.Dalam bilik tu tak ada pegawai ke? Yelah kan nak terjun tu mestilah dia tercari-cari dulu tingkapnya kat mana,nak bukak lagik dan nak cari port yang strategik untuk terjun.


Apa-apapun takziah untuk keluarga arwah.Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah



+++ laislabonita +++


Monday, April 4, 2011

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Posted Lady B at 12:34 AM 0 comments Links to this post


Baru je selesai layaning ABPBH 2010 kat tv je.The best moment of course la si Adnan Sempit yang menang Artis Paling Popular 2010.Siapa lagi kalau bukan Shaheizy Sam.Memang minat dia ni sejak dia jadi pelakon.Yang tu aku cite later la.


Cuma nak share pemenang-pemenang ABPBH 2010 :

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010

TEMPAT : ARENA 0F STARS,GENTING HIGHLANDS

TARIKH : 3/4/2011

JAM : 9.00 malam - 12.00 pagi

ANUGERAH : 16 KATEGORI






Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Dato' Rosnani Jamil




Bintang Paling Popular Berita Harian 2010

Shaheizy Sam



  1. Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Rajalawak

  2. Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah

  3. Artis Baru Lelaki Popular - Shahir

  4. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali

  5. Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

  6. Artis Berkumpulan Duo Popular - 6ixth Sense

  7. Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir

  8. Penyanyi Wanita Popular - Yuna

  9. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam

  10. Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani

  11. Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak

  12. Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha

  13. Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj. Nawawi

  14. Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

  15. Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

  16. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

  17. Anugerah Artis Mobile - 6ixth Sense


+++ laislabonita +++

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei