Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Kalau Dah Berjanji Kenalah Ditepati

Posted Lady B at 10:22 PM 0 comments
Betul tak?

Betul kan.Kalau dah janji kenalah buat.Kalau tak dapat,jangan menabur janji.Ini tidak,nak selamatkan diri janji nak buat itu ini.Ataupun mungkin dah rasa diri tu bagus sangat takpun nak orang rasa cam 'owh bagus la dia ni',padahalnya hampeh.

Bukan aku tengah bengang pun cuma dah 2 kali kena dengan orang yang sama.Hah lepas ni tak payah nak percayakan dia lagi.Iye kan aje apa yang dia cakap tapi percaya jangan.Kenapa lah aku ni senang sangat nak percaya kat orang la?

Dah banyak kali kena pun tak serik-serik.Teruk la.

Bila dah terkena barulah nak maki hamun dalam hati.Hahahahaha.Dalam hati je la.
Nasib badan lah.Tapi aku percaya sangat pada yang ini,what you give you get back.

Lagipun kiranya aku ini telah dizalimi lah kan,so doa orang yang dianiaya ini dimakbul.Amboi ko,sekarang baru lah nak sedar ye.Sebelum ini angguk je apa yang dia cakap.Entah apa-apa lah.

Aku rasakan hidup dia takkan bahagia jugak.Sebabnya dengan orang lain pun dia janji macam-macam.So just wait and see lah.

Tungguuuuuuuuuuuuu...................


p.s:Kalau lah boleh aku nak jadi superwoman yang invisible,then belasah dia cukup-cukup.Ahaksss

Macam ni okay tak??? but in pink la kan


+++ laislabonita +++

Monday, October 11, 2010

Nota Kaki

Posted Lady B at 9:31 AM 0 comments


Semalam ramai yang kahwin.Menangis la syaitan-syaitan tu.Sebab tak de orang nak buat maksiat dah.Ada lagi iaitu si penipu aku.Asyik bertukar pasangan.Tapi nasibnya baik tak ada orang tahu perangai sebenar.Tuhan sahaja yang dapat membalas.Amin.

Memang seronok kahwin kalau dapat suami yang betul-betul memahami dan akan support kita dalam apa jua keadaan.Walau apa yang terjadi,kita akan dapat pembelaan yang sepatutnya.Best tuh.So, tiru macam saya.Hihi

TO ADIK : ingat pesanan mama jangan sekali-kali lupa apa yang terjadi hari ni !!!

------------------------------------------------------

Sepatutnya hari ni aku ada banyak kerja nak dibuat tapi kadang-kadang terpaksa akur dengan keadaan kesihatan.Lagipun masa masih banyak kan.Esok lusa masih ada.Lagipun dah tak de mood nak buat kerja.

Seriously.
Mood dah hilang.
Lagipun adik akan sentiasa ada 24jam.
Pengorbanan lagi.
Pengorbanan yang akan menyusahkan diri aku.Dan orang lain takkan nampak.Tapi tak pe.Aku bukannya orang yang senang-senang nak lepas tangan.Tidak sekali-kali.

Melainkan tinggal di hutan ke,felda ke atau tempat-tempat yang jauh dari manusia gila senang je hidup.Cakap je untuk sedapkan hati orang then lepas tangan.Sebab tinggal jauh nun di sana.Lagipun orang akan cari sebab nak duit.So apa dia peduli betul tak?Ahakss

Ada aku kesah?
Hahahahahahahaha
Tak adil apa yang telah berlaku kan.
Hanya tuhan yang tahu.
Biar lah.
Ada hikmahnya.
Aku boleh hidup dengan aman.
Hidup di kota metropolitan,lebih baik dari di hutan.
Tak ada monyet atau beruk yang akan mengganggu.

Dulu.
Ada monyet kesusahan.
Aku tolong.
Bagi makan.


Sekarang.
Monyet dah dapat hutan yang lebih baik.
Apa lagi terlompat macam beruk la.
Memang la.
Sebab memang monyet dan beruk je yang terlompat macam tu.Hahaha

Untuk saat ini.
Sehingga bila-bila.
Tak ada lagi monyet yang kacau lagi.

Biar la monyet-monyet itu hidup di dunia mereka.
Biar monyet itu tahu erti hidup.
Dan tahu hanya pisang makanan azali mereka.
Bukannya pizza ke atau kfc.

Akhir sekali aku nak gelak sorang-sorang.
Hahahahahahahahahahahahahaha
Sampai aku penat.
Lega.
Hilang tension.
Thanks God.

P.S : Aku bercerita pasal monyet dan beruk di hutan.Jadi tak ada kena mengena dengan manusia.Sebab manusia ada otak.Chow

+++ laislabonita +++

Wednesday, September 29, 2010

Lady Bonita

Posted Lady B at 9:42 PM 0 comments


Lady Bonita?
Kenapa Lady Bonita?
Siapa Lady Bonita?

Siapa-siapa lah ye.Dia tak glamour pun.Tak cantik pun.
So siapa Lady Bonita? >> Aku la yang tengah menulis ni.


Kenapa Lady? >> sebab aku kan pompuan so lady la takkan nak letak mister pulak,abang ke.Hehe...Lagi satu dulu-dulu boleh la letak miss kan.Sekarang udah tua.Tua la sangat.

Kenapa Bonita? >> sebab takde sebab sebenarnya.Cuma bonita tu maksudnya cantik,tapi aku tak cantik pun.

Dan lagi satu aku pernah tinggal di Pulau Indah :: Beautiful Island :: La Is La Bonita,macam lagu Madonna tuh.Indah ke pulau tuh.Tak la indah pun,tapi aku sebenarnya suka tinggal kat sana.Sayang sangat-sangat.Peaceful.Dan lagi,biarlah jadi kenangan yang terindah.Pergghh.

Itu je.

Dah bertahun aku guna nama tuh.Walaupun tak la glamour langsung,aku suka.Dalam Facebook,Twitter,Tagged dan yang sekutu dengannya memang aku guna Lady Bonita.I loike.Suka hati aku la kan.

Full stop.



+++ laislabonita +++

Thursday, January 21, 2010

Sudah Sudah Lah

Posted Lady B at 7:46 PM 0 comments

Emmm...apa yang nak katakan lupakan apa yang berlaku.Tak perlu nak balas apa yang orang dah lakukan.Biar Tuhan sahaja yang membalasnya.

Mulut je cakap sudah sudah lah tapi dalam hati siapa yang tau.Tak pernah lagi berdendam dengan orang sampai macam ni sekali.Mungkin inilah satu-satunya pengalaman paling pahit dalam hidup.

Yeay let it gone by the wind.Sucikan hati,bersihkan hati,lapangkan dada.Segalanya dah diatur olehNya.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.Ingat !! kejayaan dan kebahagiaan akan tiba nanti.Jadi,teruskan berdoa,semoga apa yang dihajati akan tercapai.Amin

+++ laislabonita +++

Friday, September 11, 2009

10 tahun Yang Lalu

Posted Lady B at 11:29 PM 0 comments

Aku penah accident motor 10 tahun yang lalu pada 11/9/1999.Patah di belakang pinggul dan bahu.6 jahitan di kening.Parut sana sini.

Tu sebab aku tak penah bawak motor dah sekarang.Bukan fobia pun tapi sume orang tak kasi aku bawak.2 kali lak tuh.Sampai orang panggil aku minah rempit lak.

Lagipun mungkin ada sebab kenapa accident.Dan 10 tahun yang lalu dah terjawab kenapa.Aku rasa kalau tak sebab accident aku tak cuti sem.So aku grade lambat la sket.Terpaksa dok sekelas dengan junior.

Sekarang aku tau memang ada sebab.Sebab tu yang buatkan aku sasau sekarang ni.Ahaks....

Lantak la kan apa pun yang penting aku suka sebab tuh.Suka sangat-sangat.Chow....

+++ laislabonita +++

Monday, July 6, 2009

Suddenly

Posted Lady B at 4:15 PM 0 comments
Banyak yang berlaku dalam idup aku sepanjang JUNE ni.Ada yang sedih ada yang epi.

Kawan aku meninggal,accident dengan kereta.Aku redha la dia dah pegi buat selama-lamanya tapi apa yang aku terkilan ialah aku tak sempat nak dinner dengan die kat tempat feveret kitorang.Dia ajak aku jumpa tapi aku busy aritu.Bukan busy keje pun tapi aku jumpa orang tu.Terasa bersalah sangat-sangat.

Bila dia dah tak de baru aku terasa betapa pentingnya kawan-kawan aku sume.Kadang-kadang kita terlepas pandang.Mungkin sebab busy atau kita terlalu mementingkan diri sendiri.Entahla...

Bulan lepas gak aku wat treatment di specialist untuk sinus.Tapi sejak guna nasal spray tu dah ok skit.Cuma banyak la kena pantang.Jadi bahan experiment la aku.Adoiii....

Kawan aku ajak jadi partner tapi aku tak yakin dengan dia.Bukan aku tapi abah aku lerrr.Lagipun nak jadi partner ni orang yang kita dah kenal lama.Dah tau asal usul dia.Ni baru jumpa 3kali jer.Lagipun aku banyak tak tau pasal dia.

Bagi aku apa yang kita buat kena ikut prosedur baru la menjadi.Nak jadi partner maknanya kita share modal dan share everything.Lagipun nak buat bisnes kena ada modal.Kalau tak ada modal langsung macam mana nak run bisnes???

So biarla orang cakap aku tolak rezeki.Aku cuma tak nak cari musuh di kemudian ari.Dan aku tak nak ada isu berbangkit.Lagipun asalkan aku tau apa aku buat.Rezeki ada di mana-mana.Tapi ati aku terguris dengan apa yang dia tuduh aku.Malas la nak bertengkar,biar jela.Bukan senang nak puaskan ati orang.

Apa-apa pun gud luck la.Semoga success.Amin.....Dan yang penting aku tak terikat dengan sape-sape.I'm alone.....Senang nak wat keje....Ahaks....

Pasal kawan aku si Nadia tuh,congrats sebab dapat keje baru yang diidamkan.Dan kat tempat baru leh cari pengalaman baru.Kawan baru,pakwe baru....Hahahaha....

Kes minah indon tu biar jela.Dah dia suka kat orang tuh nak wat macam mana.Sama-sama suke kan.Indon pun indon la kan.Bik,dah masak ker....Ahaks....Tapi dia keje DBKL tu skang.Jaga la si dia tuh.Nanti kang....ekekeke....

Dan diri aku pulak,cukup la setaun saje.Aku nak mula balik dan settle kan azam serta keje-keje yang terbengkalai.Azam tahun ni banyak yang tercapai lagi.Yang tahun 2008 pun ada lagi tuh.Sume tu setaun punye pasal la.Teruk tul la.Aku nak kena reschedule sume tuh.

Kalo boleh aku nak wat keje cam ni je...Relax sket....


p.s:Yang penting aku hepi cukup la.Apa yang penting... kerjasama.... Ahaks...Chow


+++ laislabonita +++

Thursday, August 7, 2008

Menipu Ditipu Tertipu

Posted Lady B at 7:04 PM 0 comments

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta...hehe...saje je kasi gempak dengan lagu Jujur ni..Sebenarnya tak de kena mengena pun dengan aku.Bukannya aku putus cinta ke apa ke.Cuma aku nak bagitau sape-sape yang suka menipu orang ni supaya be honest la.

Sebab kalau kita dah biasa menipu nanti akan jadi habit.Benda yang kecik pun nak tipu.Tak tau la kenapa orang suka menipu.Apa salahnya kalau cakap yang betul.Kalau orang lain dapat tau kita menipu kang kita jugak yang naya.Sekali orang tak percaya kat kita sampai bila-bila la dorang takkan percaya.Lagipun macam kata pepatah,'Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali'.

Aku nak kasi nasihat sikit la kat sape-sape yang suka tipu aku,bawak-bawak la bertaubat.Korang ingat boleh selamat ke dengan duk menipu tu.Tak selamatnya.Aku tau korang tipu aku tapi aku wat dek je la.Nak jugak tengok sampai bila nak menipu aku.Seronok gak bila tengok korang tipu aku tapi korang tak tau yang aku tau korang sedang menipu aku.Haha..Apa yang aku cakap ni...Tak pe la.Aku je yang paham.Chow...

+++ laislabonita +++

Wednesday, August 6, 2008

Relax Jela

Posted Lady B at 1:59 PM 0 comments
Aku tak tau nak tulis apa hari ni.Takde apa yang interesting pun.Nak kuar pegi jalan-jalan pun takde geng la.Kak long pun dah start keje so aku duk umah jela.Nak chatting pun takde orang layan,semua sibuk je.Nak kuar shopping pun malas,nampak macam nak hujan je.Tapi tak hujan pun.Baik aku buat keje yang terbengkalai la.Ada gak baiknya.So,nak list down nak buat apa ni.Chow


+++ laislabonita +++

Tuesday, August 5, 2008

Aku Sayang Dia

Posted Lady B at 9:57 PM 0 comments

Kadang-kadang tu kita hidup ni tak semestinya dapat apa yang kita nak.So kita sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.Aku cukup bersyukur sebab ada kawan yang rapat dengan aku.Walaupun sorang je tapi aku rasa dah cukup untuk untuk aku sayang dan percaya.Tapi hari ni aku dapat buktikan yang aku dah tersalah pilih kawan.Kawan yang sepatutnya jujur dengan aku sebenarnya cuma pura-pura je.

Aku rasa dia tak menghargai aku sebagai kawan.Bukan aku melarang dia untuk berkawan tapi takkan lah sampai sanggup tipu aku cakap busy padahal duk chatting dengan kawan baru dia.Sampainya hati dia buat macam tu.Dia ingat aku tak tahu.Cakap jela terus terang nak chatting dengan member baru.Kan senang.Bukannya aku nak marah pun.Apa lagi nak jeles.

Bila dia dah boring dengan orang lain,baru la datang cari aku.Bila aku tak layan terhegeh-hegeh nak buat baik dengan aku.Ingat aku ni apa,anak ayam nak amik sesuke hati pastu nak buang sesuke hati.Sebab dia tau aku ni cepat sejuk kalau kena pujuk,itu yang dia buat aku macam tuh.

Entah la bila la aku nak sedar yang dia ni cuma anggap aku ni pelabuhan tempat dia nak singgah untuk dia pegi ke pelabuhan lain pulak.Kira aku ni pelabuhan utama dia lah.Bagi aku berkawan biar la ramai tapi untuk kita rapat cuma sorang je.Untuk kita kongsi apa saja,nak pegi shopping,tengok wayang,makan semua nak bersama.

Mungkin dia boring dengan aku.Aku tak reti nak borak macam member-member dia yang lain kot.Aku tak minat nak main boling ke,nak main game ke,nak main futsal ke tapi aku mengikuti semua perkembangan dia,cuma aku tak join la.Itu maknanya aku menyokong apa yang dia buat dan sepatutnya dia pun sokong aku.Aku dah malas nak fikir pasal dia tapi aku sayang dia,terlalu sayang.

Untuk sahabat aku yang dia rasa dia sahabat aku tu,aku harap kau bahagia la dengan kawan-kawan kau tu.Mungkin aku bukan yang terbaik untuk kau.So kau carilah kawan yang dapat beri apa yang aku tak dapat berikan untuk kau.Aku akan selalu doakan kau bahagia.Aku jugak akan sentiasa ada kalau kau perlukan kawan untuk borak-borak.Buzz je aku atau miss call je.Aku akan sentiasa ingat kenangan kita bersama.Kasih kita biar abadi.....Chow

+++ laislabonita +++

Monday, August 4, 2008

Borak-Borak @ Bukit Tinggi

Posted Lady B at 6:00 PM 0 comments

Hari ni aku teman kak long pegi interview kat tadika.Dia memang minat dengan budak-budak so sesuai la kalau keje kat tadika.Lagipun boleh cari pengalaman.Apa yang menarik aku borak dengan dia pasal bini orang yang nak ngorat laki orang tapi laki orang tu tak layan bini orang tu.Mesti korang tertanya-tanya cerita ni dongeng ke atau real punya.Tapi memang ni cerita betul.

Aku tak sangka pulak seorang yang dah berumur buat perangai macam tuh.Bukan nak mengata cuma terkejut la.Diri sendiri pun bukannya baik sangat pun.Tapi memang tak disangka-sangka la.Apa yang aku discuss dengan kak long tu cukup la kitaorang je yang tau.

Lagipun aku tak layak nak cerita pasal keburukan orang sebab aku sendiri pun ada keburukan sendiri yang aku sedar dan tak sedar.Cuma aku nak mengingatkan diri aku jugak bila dah tua jangan duk buat perangai macam tuh.

Mungkin dia tak sedar apa yang dia buat tu telah dan akan melukakan hati banyak pihak.Lagi satu orang pun akan hilang kepercayaan dan hormat pada dia.Kan itu akan menyusahkan diri dia sendiri.Dah la dapat dosa lepas tu dapat cacian lagi.Entah la,biar dia fikir sendiri la.Chow...

+++ laislabonita +++

Sunday, August 3, 2008

Meround Seharian

Posted Lady B at 10:27 PM 0 comments
Dua hari ni aku sibuk sikit duk buat jemputan.Semalam aku ke Taman Andalas,Southern Park dengan Bandar Baru Klang.Hari ni pulak ke Bukit Mahkota,Bandar Sri Putra dengan Bandar Saujana Putra.Sebelum balik aku sempat singgah di Puchong dan makan kat IOI Mall Puchong.Sepatutnya keje hari ni aku buat esok tapi dah ada masa aku buat jela.At least esok tak la banyak keje sangat.Seronok la jalan-jalan cari pasal ni.



Cuaca tak la panas sangat tapi aku sakit kepala la.Tak tau kenapa.Tadi dah makan ubat so aku nak tido kejap lagi.Dah tak larat rasanya.Esok nak teman kak long pegi interview.Kena tido awal la ni.Nanti tak bangun pulak pagi esok.Gud nite....zzzzzzzzzzzzz

+++ laislabonita +++

Friday, August 1, 2008

Cepatnya Masa Berlalu

Posted Lady B at 4:50 PM 0 comments

Hari ni dah masuk bulan 8,so tinggal sebulan saje lagi untuk kita mengerjakan ibadah puasa.So bila dah puasa maka kita akan kurangkan aktiviti.Aku kena pastikan kerja-kerja aku disiapkan sebelum puasa.Bila dah puasa of coz la nak berehat pastu nak sambut raya sebulan.Bukan aku yang sambut raya sebulan tapi orang lain yang selalu buat open house.Takkan tak nak pegi,makan free tuh.

Jadi bulan ni aku kena atur semula strategi ke atau jadual aku supaya settle sebelum puasa.Hopefully.Lagipun tahun ni kena betul-betul bersedia untuk aku mulakan bisnes lain tahun depan.Dari segi mental,fizikal dan duit ler...

So aku harap aku akan sukses dan aku harap sedara-sedara aku,kawan-kawan aku dan jugak sape-sape la akan sukses jugak sebagaimana yang kita semua kehendaki sebelum abis tahun 2008 ni.Harap-harap impian atau visi kita semua dah tercapai untuk tahun ni.Amin.Kalau ada yang tak capai lagi tuh buat la azam lagi tahun depan.Aku sendiri pun ada yang dah capai target tapi ada jugak yang belum.Anyway wish me luck....

+++ laislabonita +++

Thursday, July 31, 2008

Rindunye...

Posted Lady B at 6:03 PM 0 comments

Hari ni aku macam tak de mood la nak buat keje.Tak tau la kenapa.Mungkin tengah merindu.Rindu kat member aku yang sorang ni.Bukan apa sebab dia jauh nun di sana.Outstation dan sekarang ni kat Terengganu.Walaupun tak selalu jumpa tapi kitaorang selalu chatting.Aku cuma rindu nak chat dengan dia je.

Lagipun sekarang ni kitaorang dah jarang chatting.Masing-masing dah sibuk dengan keje.Mungkin.Atau mungkin hubungan kitaorang dah tak sama macam dulu.Aku sendiri akui aku pun dah tak rasa macam dulu,walaupun sekarang makin rapat tapi sebenarnya makin jauh.Aku pun sekarang selalu rahsiakan apa-apa dari dia.Dia lebih lah lagi.

Disebabkan something happened aku dengan dia dah tak semesra macam dulu.Mungkin aku yang bersalah atau itu cuma satu dugaan untuk kitaorang.Atau untuk aku sedar siapa aku dan aku tak perlu berharap apa-apa pun.Atau...Tuhan yang lebih mengetahui segala-galanya.So aku pasrah...Pasrah bukan bererti aku menyerah kalah tapi aku redha dengan apa yang telah tuhan tentukan untuk aku.

Mungkin aku fikir itu yang terbaik tapi sebenarnya tidak.Biar jela....Apa yang berlaku dan akan berlaku aku harap aku akan hadapi dengan hati yang terbuka dan sentiasa berfikiran positif.

+++ laislabonita +++

Wednesday, July 30, 2008

Sunway Pyramid

Posted Lady B at 10:00 PM 0 comments

Sehari dua ni aku akan sibuk sikit.Bukan apa kalau dah keluar umah,dah la kena drive sendiri pastu balik umah yang di hujung dunia mesti la penat.So mungkin tak sempat nak update blog.Lagipun bukan ada cerita menarik pun.

Petang tadi pegi Sunway Pyramid jumpa kawan EJ kat sana.Nasib baik ikut Highway KESAS jalan ok je.Kalau ikut Federal mesti jammed punye.Kawan EJ ni instructor kat California Fitness.Selain tu dia ni supplier peralatan gym jugak.So sape-sape yang nak amik dia jadi personal instructor contact aku yea.Cam PA dia plak.Hehe...Lepas jumpa kawan EJ tu aku meround la dengan kak long kat dalam Sunway Pyramid tuh.Beli ntah apa-apa pun.

+++ Laislabonita +++

Monday, July 28, 2008

Road Show Ke Utara

Posted Lady B at 10:13 AM 0 comments
Dua hari lepas aku tak menulis sebab pegi Penang dengan Perak.Memang tak sempat nak menulis pun.Hari Jumaat malam tu baru bertolak ke Penang,ikut jalan Kuala Selangor.Bila sampai je kat Bandar Sri Iskandar berhenti makan.Dah banyak perubahan kat bandar ni,tak macam 10 tahu dulu.Semua dah berubah,dulu cuma ada Taman Maju je yang tak berapa maju.Sekarang ni dah ada terminal bas,shoplots pun dah banyak,kedai makan,bank dan jalan pun dah besar.


Ni pintu masuk utama ke UiTM

Sampai kat Bayan Lepas dah pukul 2 pagi.Aku stay kat umah kawan,Atan di Sungai Ara.Sampai je aku terus tido,ngantuk ler.Dorang keluar minum,tak tau la balik pukul berapa.Pagi sabtu lepas breakfast kitaorang keluar pegi jumpa kawan EJ,Zana nama dia.Dia keje kat EON Bank Bayan Baru.Lepas tu pegi Hospital Pantai kirim barang untuk Nazlida.Ingatkan nak jumpa pakcik aku kat Kg Kastam,Gelugor tapi tak kesampaian.

Kitaorang pegi umah Abg Juna di Balik Pulau semata-mata nak makan durian.Hehe...Memang best ler durian Balik Pulau ni.Zura wife Abg Juna ni tunggu masa je nak bersalin.Wah tak lama lagi dapat anak sedara sorang lagi.Dah kekenyangan makan durian kitaorang pegi jenjalan kat Queensbay sambil-sambil window shopping.Seharian jalan-jalan dengan Atan.Best la wooo...


Ni la Atan aka tourist guide aku

Malam tu plak pegi jumpa Rafie' aka Mamak.Lepak je dengan dia kat warung area Seberang Jaya.Lagi pun malam tu kitaorang nak tido kat Kulim umah Abe Jabar.Kitaorang duk plan la nak buat gathering akhir tahun ni.Pejam celik dah 10 tahun kitaorang kawan.Lama tuh...

Pagi Ahad semalam kitaorang dah bertolak ke Grik jumpa Bote.Wah dah berisi la dia,lain sangat.Kalau jumpa kat mana-mana memang tak cam dia.Kitaorang duk umah dia siap makan tengahari lagi.Belasah jela.Tak sempat nak amik gambar dengan dia dan mrs dia.


Ni view jalan Grik ke Taiping

Lepas makan kitaorang bertolak ke Taiping pulak nak jumpa Leen.Kitaorang lepak kat JomBali kat atas Tesco.Leen ni takde la berubah sangat tapi dah cun la.Maklumla orang dah bertunang.Hehe....Nanti kawen jemput aku yea...

Lepak dengan Leen kat JomBali

Aku pegi umah uncle aku kat Meru.Lepas tu jumpa Masri di Meru Valley Golf Resort.Uncle aku member kat situ so dia la yang belanja kitaorang.Thank u Ayah Ngah.Balik umah uncle aku mandi dan berehat dulu.Kitaorang on the way nak balik ke Klang singgah jumpa Azwan kat area Meru jugak.Dalam pukul 11 lebih baru bertolak balik ke Klang.

Wah seronok betul la 2 hari ni.Walaupun rushing ke sana ke mari tapi memang fun la.Ramai lagi member-member aku tak sempat jumpa.Ada yang balik kampung.Next time kita jumpa ok.


P.S :tak sempat jumpa Adli di Nibong Tebal sebab masa tak mengizinkan,so sorry EJ.


+++ laislabonita +++

Friday, July 25, 2008

Aku Sedih

Posted Lady B at 12:05 PM 0 comments
Hari ni aku tak dapat nak tulis panjang-panjang sebab kejap lagi nak pegi Penang dah.Aku sedih...Memang aku tengah sedih.Sedih bila kawan yang aku sayang sanggup lukakan hati aku.Bukan dengan kata-kata tapi dengan kelakuan dan cara dia melayan aku.Aku tak tau la dalam hati dia sengaja atau tak sengaja tapi hati aku tersentuh dengan apa yang dia dah buat kat aku.

Kadang-kadang bila kita terlalu sayangkan seseorang,kita akan jadi lebih sensitif.Aku yang sensitif ke atau nak period.Selalunya orang akan cakap macam tu tapi aku memang terasa hati.Perlu ke aku tanya dia kenapa dia buat macam tu kat aku.Atau aku diamkan diri aku dan biarkan dia terus menerus sakitkan hati aku.

Dia anggap aku kawan baik tapi kenapa dia nak jauhkan diri dari aku.Dia ada masalah dengan aku ke atau sememangnya dia bermasalah.Terus terang la supaya aku tak fikirkan yang bukan-bukan.Atau dia memang nak putuskan persahabatan aku dengan dia.Aku tak tau...

+++ laislabonita +++

Wednesday, July 23, 2008

Oh Peperiksaan!

Posted Lady B at 12:00 PM 0 comments

(Sebut tu cam Rosyam Nor berlakon dalam cerita Gila-Gila Remaja)
Hari ini kakitangan Kastam Selangor exam PTK paper 2.So good luck to all of you.Kalau tak pass pun tak pe.Next year leh amik lagi.Exam pukul 2.30 petang so sempat lagi nak tengok-tengok apa yang patut.Ada gak yang amik kali ketiga dah ni.So pikir-pikirkan lah.Kalau nak amik lagi tahun depan terpulanglah.Goog Luck to Hazli,E.J,Bolok,Abg Boy,Pian,PakYa,Abe Mahade dan lain-lain lagi la.Aku bukannya tau sume nama korang.So do the best guys.

Semalam aku pegi jumpa kawan aku yang baru lepas operate,eja darling.Memang aku panggil dia darling pun.Rasa bersalah pun ada sebab aku tak sempat jumpa dia sebelum operate dan time dia admit wad."Apa-apa pun darling i harap u cepat sembuh....Dapat cuti sebulan lagik tuh.Nanti kalau i ada masa i pegi jengok-jengok u,ok."

+++ laislabonita +++

Tuesday, July 22, 2008

ITM Di Hatiku

Posted Lady B at 3:16 PM 0 comments

Tadi aku call kawan aku yang sama belajar dulu kat itm,Leen.Saje jer aku post gambar ni sebab gambar ni jer yang ada semua classmate aku.Aku rasa semua ada kot.Lupa la.Mungkin lepas belajar semua buat hal masing-masing.Aku pun malas nak cite sebenarnya.Korang carik sendiri la mana satu aku.Biarlah rahsia....hehe

Mungkin weekend ni aku pegi Penang.Nak singgah Taiping jap jumpa si Leen.Dah bertahun tak jumpa dia.Mungkin dah berubah kot.Entah la.Sape-sape yang belajar kat itm sri iskandar Perak tuh contact la aku.Nak wat jejak kasih ni.Chow.


+++ laislabonita +++


Monday, July 21, 2008

Beautiful

Posted Lady B at 9:42 PM 0 comments

Semalam pegi lepak kat Dataran Shah Alam lepas hantar beautiful kat Keramat.Saje je minum kat situ sambil borak-borak.Rasanya dah lama tak lepak kat situ.Tapi kalau selalu-selalu boring plak.Aku amik gambar kat dataran tu tapi dengan henpon so gambar tak cantik ler.Malas la nak post kat sini.

Malam ni aku ada appointment dengan customer aku nak pakaikan beautiful.Kejap lagi nak keluar la ni.Dia duk kat Klang jer tak la jauh sangat.Dia baru bersalin 4 bulan lebih so kena la pakai beautiful kalau nak kekal cantik.

Orang pompuan ni kalau nak cantik kena la pakai corset.Macam buah nangka jugak kalau nak bentuk cantik kena bungkus.Lagipun orang Inggeris dah pakai corset berkurun-kurun lama nye.Ni kawan aku Sky yang bagitau,dia tu lelaki tahu semua pasal beautiful.Dia pulak duk cerita kat aku pasal beautiful ni.Malu plak aku.Ahaks

So sape-sape yang nak kutuk sebab corset beautiful ni tengok dulu badan sendiri,kalau cantik ok la tapi kalau tak fikir-fikir la sendiri.Lagipun aku rasa pompuan wajib pakai la untuk cantik dan sihat.Yang aku cerita ni sebab aku pakai la.Lagipun beautiful ni lebih kepada kesihatan,itu yang penting.Kiranya 2 in 1 la,kalau beli pun memang berbaloi la sebabnya waranty seumur hidup.


+++ laislabonita +++



Friday, July 18, 2008

Itulah Cinta

Posted Lady B at 11:18 AM 0 comments


Bila aku pikir pasal cinta ni aku sendiri pun tak tahu perasaan aku.Aku sendiri pun tak tahu nak bezakan yang mana sayang,cinta,kasih.Yang aku tahu sebut je ikut sedap mulut.Selalunya kita dengar orang sebut aku sayang kamu,aku cinta kamu.Tapi apa bezanya? Mungkin bergantung pada siapa kita ucapkan ayat itu.

Kadang-kadang kita merasakan dia tak cintakan kita lagi seperti mana dulu.Mungkin perasaan kita yang terlalu memikirkan atau pun sememangnya itulah yang terjadi.

Tapi...itulah cinta,di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yang kita inginkan,maka cinta itu telah dia hadirkan dalam kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


+++ laislabonita +++




 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei