Showing posts with label Course. Show all posts
Showing posts with label Course. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Mencari Program Multimedia Untuk Tadika

Posted Lady B at 12:21 AM 0 comments

Mencari yang.......


Murah.
Cepat.
Senang.


Pilihlah MIKIDS Teaching Software untuk tadika,taska,pusat perkembangan dan juga tuisyen sebagai core subject.Mengapa?




  • Meliputi semua subjek - English,Mathematics,Science & Moral Education.Bahasa Melayu dan Mandarin akan datang tahun 2012.


  • Pengasasnya Dr. Gerry Knowles merupakan professor di University Lancaster,dan Prof.Dr Zuraidah Mohd Don seorang dekan di Pusat Bahasa,Universiti Malaya.


  • Pendaftaran sekali seumur hidup.Yuran hanya RM380 sahaja,untuk semua materials MIKIDS.


  • Penggunaan dwi bahasa.Boleh pilih English atau Bahasa Melayu - akan datang 2012.


  • Tiada kontrak.


  • Stok dan buku akan dihantar ke tadika.


  • Boleh menggunakan software selama mana,selagi masih ada pesanan buku.

Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan MIKIDS walaupun tidak sehebat nama-nama program yang lain.MIKIDS antara produk terbaik bukan sahaja di Malaysia tetapi di China,India,Sri Lanka dan negara-negara lain.


Untuk free demo MIKIDS bolehlah hubungi :



>>>>>>>> NORRA MIKIDS 014-229 7918



>>>>>>>>>> 'Like' di Fanpage Mikids




+++ laislabonita +++

Thursday, December 9, 2010

Diploma Executive in Early Childhood UUM

Posted Lady B at 6:47 PM 2 comments
Bagi pengusaha tadika atau taska dan juga guru tadika boleh mengikuti Diploma Executive in Early Childhood pada hari minggu.Cuma kelas dua kali sebulan sahaja.
Dengan hanya lebih kurang RM6000 setahun,akan dapat diploma dalam bidang kanak-kanak.Jadi berbaloi kan.Lagipun sekarang ini,pengusaha mahupun guru tadika dimestikan ada diploma.Ini adalah masa untuk upgrade diri anda semua.

Contoh sijil dari UUM

** Hubungi 014. 229. 7918 untuk keterangan lanjut.

+++ laislabonita +++

Sunday, October 24, 2010

Bengkel Di Universal Training Centre

Posted Lady B at 11:00 PM 0 comments

Seharian di Putra Walk menghadiri Bengkel Teknik Penjagaan & Keselamatan Bayi Di Taska.Aku tak ada taska atau pusat penjagaan kanak-kanak tapi untuk ilmu.

Maklumlah kan kebanyakkan taska yang ada sekarang tak mengikut prosedur atau pun undang-undang yang telah ditetapkan.Pendek kata mostly taska haram la.Kalau tak de apa-apa masalah tak apa la,tapi kalau ada kes macam bayi mati ke kemalangan ke hah baru lah bermasalah besar.

Baru-baru ini,2 buah taska di Putrajaya kena tutup untuk sementara.Baby meninggal dunia disebabkan tersedak susu dan jatuh dari buaian.Jadi kalau tak ada ilmu kena la tuntut ilmu supaya tak mendatangkan masalah nanti.

Seperti Cikgu Aishah cakap,taska kena tutup satu hal la,naik turun mahkamah,kena saman dll,tapi kita as an operator taska akan mengalami trauma seumur hidup.Semuanya mungkin disebabkan kekurangan ilmu ataupun tidak alert kepada keselamatan dan kesihatan baby di taska.

Banyak juga ilmu yang dapat dari bengkel tadi.Jadi kepada sesiapa yang teringin buka taska atau pusat penjagaan kanak-kanak perlu mengetahui :
  • Kebersihan taska
  • Keperluan bahan hiasan di taska
  • Permainan dan aktiviti di taska
  • Penjagaan kesihatan bayi
  • Penyakit-penyakit berjangkit
  • Cara mandikan bayi
  • Keselamatan taska
Ini antara modul yang telah disampaikan oleh Cikgu Aishah yang merupakan Jurulatih JKMM dan juga Penasihat Universal sendiri.Berkelulusan Diploma Professional Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Malaya dan juga Master of Education in Early Childhood dari Paramount University,USA.

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri bengkel-bengkel seperti ini boleh menghubungi 014-229 7918 untuk bengkel-bengkel yang akan datang.Antara yang dijalankan di Universal ialah :


  • Bengkel,seminar dan kursus mengenai taska dan tadika,seperti KAAK
  • Taska dan Tadika di bawah pengurusan Universal
  • Taska dan tadika sedia ada ingin convert ke Universal
  • Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di bawah OUM
  • Tempat training

Nota kaki : Gambar tak ada sebab battery camera out :(



+++ laislabonita +++

Thursday, October 21, 2010

Bengkel Teknik Penjagaan & Keselamatan Bayi di Taska

Posted Lady B at 11:12 AM 0 comments
Adakah anda seorang pengusaha taska?
Adakah anda seorang pengasuh taska?
Adakah anda tahu teknik serta penjagaan bayi di taska?
Adakah anda ingin memulakan bisnes taska?
Adakah anda mementingkan keselamatan bayi di taska?
Adakah anda sedar serta peka tentang kes-kes kematian bayi di taska?


Jika YA,sertai bengkel lengkap beserta Modul Khas
" Bayi Sihat, Bayi Ceria "

Tingkatkan Pengetahuan Anda Sekarang!


+++ laislabonita +++

Sunday, July 11, 2010

Bengkel BondaMama

Posted Lady B at 2:22 PM 0 comments

Kursus : Bengkel Taska & Tadika
Tarikh : 11 Julai 2010
Hari : Ahad
Masa : 3 ptg - 5 ptg
Yuran : RM50
Tempat : 16-3,Jalan Mesra Niaga,Mesra Business Park,Kajang


Pertama kali join Bengkel BondaMama yang mana sepatutnya attend minggu lepas.Tapi disebabkan masalah teknikal pihak BondaMama dorang tunda ke ari ni.

BondaMama ialah sebuah program ala francais bagi membantu usahawan-usahawan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk memulakan serta memajukan taska dan tadika mereka sendiri.Bermula pada tahun 2008 dan kini telah berjaya membimbing usahawan-usahawan menubuhkan BondaMama Kids Centre di seluruh negara.

Antara yang dibincangkan petang tadi termasuk :

  1. Kaedah & Peraturan bagi menubuhkan taska / pusat asuhan
  2. Kaedah & Peraturan bagi menubuhkan tadika
  3. Peluang perniagaan taska & tadika di bawah program BondaMama

Kalau nak tau lebih detail kena la hadir bengkel yang dianjurkan.Dan akan dapat cd kursus dengan borang-borang sekali.

Jika berminat untuk menyertai Program Pembangunan Usahawan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah skim latihan dan francais BondaMama boleh register online jek untuk attend bengkel tu di sini

Kalau nak compare dengan mana-mana francais lain memang BondaMama lebih murah.So fikir-fikirkanlah.

Wa planning memang nak bukak tadika atau taska tapi tengok keadaan la.Semua benda nak buat last-last tak menjadi.So kena plan betul-betul.Sekarang ni masa untuk tengok semua peluang dan pilihan.Chow...

+++ laislabonita +++

Thursday, January 21, 2010

Kursus Untuk Pengusaha Taska

Posted Lady B at 1:40 PM 0 comments

Pada sesiapa yang ada taska atau pun yang berminat untuk bukak taska boleh la mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak Kanak (KAAK) anjuran Pertubuhan Taska Melayu Malaysia (PTMM) akan diadakan bermula 23hb Januari 2010.

Kursus akan ini diadakan pada hujung minggu pada setiap Sabtu dan Ahad selama 6 minggu.KAAK adalah kursus wajib untuk semua pengasuh dan pengusaha taska.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-

Pn Zai 012.2159251
Pn Zu 019-2104020
Pn Shafinaz 019-3804005

+++ laislabonita +++

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei