Showing posts with label Film. Show all posts
Showing posts with label Film. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Nak Tengok Tak Filem 2 Alam?

Posted Lady B at 2:59 PM 0 comments
Sejak tengok promo Filem 2 Alam dari awal tahun dalam paper tertanya-tanya jugak dalam hati,best sangat ke cerita ni.Mungkin ye la kot.Mungkin lain dari yang lain.Bila dah hari berganti hari,bulan berganti bulan,at last tak dapat nak ditayangkan atas sebab tak ada kelulusan dari Finas.Emmm

Sekarang ni pulak macam dah basi promo pasal filem ni.Betul tak?Macam dah tak de mood nak tengok.Lebih-lebih lagi bila baca twitter memasing pasal pelancaran filem 2 Alam ni.





Ini pendapat peribadi aku yang buta seni jugak la.Cuma sebagai warga Malaysia dan jugak kaki wayang.Aku rasa filem ni dari segi promotion memang hebat.Lebih-lebih lagi cara DDR menyampaikan tarikh tayangan Filem 2 Alam di pawagam tu macam pengisytiharan puasa pulak :)

Aku tetap rasa ianya hebat,kreatif dan berani.Walaupun ramai jugak yang mengeji dan mengatakan ianya gila.Tapi selalunya yang gila tu la yang menjadi.Tapi,banyak tapi nya kan,mungkin DDR terlalu fanatik dan berbangga tu yang buatkan orang menyampah.Jual filem tak sama macam jual produk kesihatan.

Tambah pulak dengan ayat-ayat MLM dalam promo filem ini.Kadang-kadang tu syok jugak baca.Memang betul apa yang dikatakan DDR tapi bila masuk bakul angkat sendiri ni yang buatkan entah la nak cakap apa.

Bila tengok trailer Filem 2 Alam ini,rasanya okay je.Suhaillah Salam tu aku pernah tengok dia berlakon dengan Aaron Aziz dalam drama bersiri di TV berapa tu tak ingat la.Drama dari Singapore.Ala-ala hindustan gitu.Tahun 1995 ke tahun berapa lupa la tapi dah lama la.

Follower DDR dan Jus Mate buyer tentu akan tengok la filem ni kat panggung.Tapi orang lain tak tahu la kan.Ramai yang decide tak nak tengok pun.Dah la date tu sama dengan filem Harry Porter.

Bagi aku kesilapan besarnya ialah promo terlampau kot.Filem pecah panggung tuh.Jangan main-main.Layan trailer je la.



+++ laislabonita +++

Thursday, March 25, 2010

Gila-Gila Remaja

Posted Lady B at 10:02 PM 0 comments
Tengah layan cite Gila-Gila Remaja.Selalunya time-time ni aku layan Facebook jek.Malam-malam layan cite melayu best gak.

Cite ni aku duk tadika lagik.Ni zaman-zaman muda Faizal Hussein dengan Rosham Nor.Ahaks.Lagu lam cite ni pun best gak.Evergreen song.Layan jela....



Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi

p.s : serius la aku malas nak ngadap laptop nih..Chow...

+++ laislabonita +++

Thursday, March 18, 2010

Alice In Wonderland

Posted Lady B at 10:04 PM 0 comments
Johnny Depp as Mad Hatter

Seronok tengok cite Alice in Wonderland.Tapi kat TGV Bukit Tinggi ni tak de 3D pulak.Tak best la kan.Malas lak nak pi KLCC semata-mata nak tengok 3D.Walaupun tak de 3D best jugak tengok.

Filem ni mengisahkan Alice Kingsleigh pegi ke satu majlis yang merupakan majlis pertunangannya tapi tanpa pengetahuan Alice.Semasa Hamish Ascot melamar Alice,die duk usha arnab lepas tu die ikut arnab tu sampai ke lubang yang mana menuju ke negeri Underland.

Di mana Underland ialah tempat yang Alice pegi 10 tahun lalu dan dia sendiri dah lupa.Bila tiba di Wonderland,Alice ingat kembali kawan-kawan semasa die kecil dulu termasuk la Mad Hatter.Watak ni feveret aku yek *wink*

Mad Hatter memberitahu Alice yang mana mereka memerlukan bantuannya untuk menewaskan Ratu Merah yang berkepala besar dan telah merebut Wonderland dari adiknya iaitu Ratu Putih.

Dalam cite ni tubuh Alice mengecil dan membesar dalam mencari dirinya yang sebenar dan juga dalam menyelamatkan kawan-kawannya dari Ratu Merah.Alice menyamar diri sebagai Um yang mana mempunyai tubuh badan yang agak besar dari manusia biasa.

Kalau nak tau jalan cite yang lebih details pegi la tengok kat TGV ke GSC ke.Tapi kalau nak kepuasan hati tengok 3D la *wink*....Chow....

p.s : Join Facebook Alice in Wonderland pastu vote who is your favourite character? Of coz la Mad Hatter kan....^_^ Tengok trailer ni lau nak tau best ke tak....

+++ laislabonita +++

Saturday, February 20, 2010

Little Big Soldier

Posted Lady B at 5:49 PM 0 comments

Semalam dah pegi tengok movie Jackie Chan yang latest.Memang menghiburkan.Tak rugi la beli tiket.Ahaks.Little Big Soldier lain dari filem-filem action Jackie Chan yang sebelum ni.Kalau tak caya pegi la tengok.Tengok trailer tu tak sama la dengan tengok kat panggung.Takkan faham jalan cerita dengan hanya tengok trailer je.

Little Big Soldier bermula selepas berlakunya peperangan di antara Liang dan Wei.Satu-satunya askar perang yang berpangkat rendah masih hidup lakonan Jackie Chan telah menjadikan jeneral Wilayah Wei [lakonan Lee Hom] sebagai tawanannya untuk dibawa pulang ke wilayah Liang bagi mendapatkan reward.

Di sepanjang pulang ke wilayah Liang,dia dan jeneral tersebut terpaksa bekerjasama untuk menghadapi rintangan yang melanda mereka.Antaranya mereka diburu adik kepada jeneral tersebut yang mana ingin membunuh jeneral.Kenapa dan mengapa tengok la sendiri kat panggung.Ahak...

Walaupun tak banyak aksi kung fu dari Jackie Chan tapi memang cerita ni menghiburkan.Ada unsur-unsur lawak dan tak bosan nak tengok.Tambahan lagu tema nya memang best dan unik *wink*... Yela Wang Lee Hom yang ensem punye lagu,'Astrology' tajuk lagu tuh.

Jadi korang-korang yang belum tengok lagi cite ni boleh la tengok trailer dulu yek.Apa yang aku nak bagitau,dalam trailer ni tak menggambarkan jalan cite yang sebenar.So u have to watch it.Chow...
p.s : Rasa-rasanye Lee Hom lebih sesuai berambut panjang kan...^_^



+++ laislabonita +++

Friday, May 22, 2009

Kami

Posted Lady B at 3:57 PM 0 comments
Tadi sempat layan cite KAMI lakonan arwah sudirman hj arshad.Ingatkan nak tengok kejap je last-last terlayan lak.Betapa bernilainya duit bagi Tookoo dengan kawan dia,Din.Betapa bernilainya erti sebuah persahabatan.Yang betul-betul ikhlas.

Aku rasa selama ni aku tak betul-betul menghargai duit.Terasa diri ni terlalu mementingkan harta benda dan tak reti nak menilai wang ringgit.Terasa diri ini angkuh.Hah angkuh??? Macam penah ku dengar orang cakap cam tu kat aku.Tapi di mana yaa??Ahaks...Sorang tu je cakap cam tu kat aku.

Aku bukan orang yang macam tu.Biar kan dia.Mungkin dia tengah tension,marah,bosan,fed up,sakit ati dan yang sekutu dengannya.

Bila difikirkan aku tak ada kawan yang betul-betul rapat dengan aku.Mungkin pengalaman lalu yang buat aku malas nak close dengan sape-sape.Time aku study kat perak dulu,aku ingatkan dia la kawan yang paling best.Tapi...biarkan la.Aku malas nak pikir hal-hal yang buat aku sedih.

Aku penah ada kawan baik yang memang betul-betul close time skolah menengah dulu.Tapi dia dah meninggal.Bila aku tengok cite KAMI tadi memang aku teringat sangat-sangat kat dia.Rasa sedih je.Dah 14 tahun dia meninggal,dalam tahun 1995.

Walaupun kami selalu gak bertengkar,tapi pegi sekolah sama-sama.Naik kete sama-sama.Cuma tak bertegur.Bila sampai je kat sekolah,samada aku atau dia yang akan tegur dulu.Memang selalu je ada yang tak kena tapi kejap je lepas tu dah ok.Tak penah gaduh lebih dari 4jam.Selalunya gaduh then baik time tu jugak.Hehe...




Susah la nak carik kawan yang betul-betul close dengan aku.Mungkin ada tapi aku tak penah nak bagi peluang kot.Bagi aku lepas pengalaman lalu,buat aku berpikir untuk lebih berhati-hati.Aku lebih suka menyendiri.Lebih suka wat hal aku sendiri.Bukan aku tak bersosial cuma aku ni suka wat hal aku.Setengah orang yang tak kenal aku dia akan cakap aku ni mementingkan diri sendiri.Sebenarnya tak jugak cuma aku malas la nak campur hal orang.

Tapi kalau sape-sape yang nak jumpa aku ke,nak mengadu masalah ke,aku ok je.Tak penah lagi aku menolak ajakan orang,kalau tak de hal lain.Kita kenala meramaikan kawan.Dan elakkan mencari musuh.

Time di perak jugak la sorang kawan aku ni kutuk aku kat belakang.Padahal dia penah tido sekatil dengan aku,makan sama-sama,takkan la dia tak kenal aku.Entah la dalam ati aku tetap rasa sakit tapi aku wat tak tau je la.Bukan keje aku untuk wat dia sedar.Itu sume keje tuhan.Tapi aku tetap maafkan dia.

P.S: Aku nak blaja untuk lebih menyayangi orang yang menyayangi aku.Lebih menghargai duit yang aku dapat dari usaha aku....Chow..

+++ laislabonita +++

Sunday, July 20, 2008

The Dark Night

Posted Lady B at 3:24 PM 0 comments


Semalam aku pergi Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebab suami kepada kawan aku meninggal dunia.Walaupun aku tak membantu apa-apa pun,tapi rasanya sebagai kawan dan jiran aku pergi jugak kat hospital tu.Aku duk kat hospital tu dari pukul 9 pagi sampai la pukul 12,sehingga jenazah dibenarkan untuk disimpan.Lepas tu aku pegi ke rumah arwah di Laguna Park dan stay kat situ sampai jenazah ditanam di tanah perkuburan Pulau Indah.

Al-Fatihah untuk arwah Abang Joe (Johari) suami kepada Makcik Minah.Arwah merupakan kakitangan Imigresen di Port Klang,Selangor.Amin.

Bila adanya kematian aku rasa diri aku banyak dosa.Dosa yang sengaja atau tak sengaja.Dosa kat parents aku,family aku dan pada semua orang la.Mintak-mintak dipanjangkan umur lagi sebelum sempat untuk mohon ampun.

Dah semua settle aku keluar semalam,memang dah plan pun nak keluar.Aku pegi KLCC dengan kawan dan tengok wayang lagi.Tiap-tiap minggu aku tengok wayang ni.Tapi orang nak belanja,apa salahnya kan.Thanks buddy.Lainkali boleh belanja lagi.Tengok cerita Dark Night memang best la.Memang tak menyesal la kalau sape-sape yang plan nak tengok.Dark Night ni sambungan dari sequel Batman Begins (2005).

Cerita ni dah dapat kutipan $155.34 million baru seminggu ditayangkan,kalah Spider-Man 3.Memang thrill la sebab Batman terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan kota Gotham dan penduduknya daripada penjenayah yang psiko,The Joker.

Mungkin cerita ni ramai yang nak tengok sebab pelbagai spekulasi berkaitan dengan kematian Heath Ledger yang melakonkan watak The Joker.Beliau ditemui meninggal dunia pada 22 Januari 2008 di apartmentnya dengan sejumlah pil tidur berdekatannya.Mungkin kes bunuh diri atau dos berlebihan.Tapi apa-apa pun memang cerita ni best.5 star la aku bagi.



+++ laislabonita +++

Thursday, July 17, 2008

Tengok Movie Lagi...

Posted Lady B at 4:37 PM 0 comments

Hari ini banyak keje sikit ler.Semalam seharian aku kat luar so tak sempat nak menulis.Aku pegi Alamanda petang semalam jumpa member kat sana pastu dia ajak tengok wayang.Tengok cite Hellboy 2 lagi.Tiap-tiap minggu aku tengok wayang ni.Tapi takpe leh gak release tension...tapi masalahnya aku tension ker.Emmm....mungkin dah memang hobi kot.Hahaha...

Cite ni best gak la.Banyak benda-benda pelik yang best-best macam watak Prince Nuada dengan Princess Nuala,trolls market,labah-labah makan orang,tombak yang boleh panjang pendek,makhluk yang pelik-pelik dan yang paling penting watak Hellboy tu sendiri dengan member-member dia. Kalau nak tau jalan cite pegi la tengok kat TGV ke GSC ke.Yang coming soon nye movie pun best-best gak ler.Tak tau nak tengok yang mana satu ni.

So dah jumpa member tu kitaorang duk sembang la pasal hal rumahtangga.Hal ni memang complicated sikit.Setiap pasangan samada dah kahwin atau tengah menuju gerbang perkahwinan ni memang akan menghadapi masalah yang lebih kurang sama.Masalah pasangan tak setia,pasangan yang memboringkan,miscommunication,selalu bergaduh dan banyak lagi la.

Jadi di mana cinta yang kita lafazkan dulu? Di mana janji setia kita? Aku sendiri akui memang banyak dugaan dan cabaran dalam berumahtangga.Terpulang kepada diri masing-masing untuk menyelesaikan dengan cara yang bagaimana.Apa pun keputusan yang kita buat kena fikirkan jugak perasaan banyak pihak.Banyak hati yang perlu kita jaga.Tapi persoalannya hati kita siapa yang jaga.Perasaan kita siapa yang tahu.So kita pikir la sendiri....


+++ laislabonita +++


Monday, July 14, 2008

Hancock Hero Sepi

Posted Lady B at 8:35 AM 0 comments

Dua hari lepas aku tak menulis pun.Bukan apa hari sabtu aku ada bengkel kat Bandar Tasik Selatan seharian,so tak sempat nak menulis.Malam pulak aku jumpa kawan.Balik dah tengah malam.

Semalam hari minggu busy la sikit lagipun aku pegi tengok movie kat TGV Bukit Tinggi.Tengok cite Hancock.Baru dapat tengok.Minggu lepas aku tengok cite Wanted.Dua-dua cite ni tak mengecewakan.

Cite Hancock ni macam cite superhero la.Lakonan Will Smith sebagai Hancock yang mana dia mempunyai kuasa luar biasa yang entah dari mana asalnya.Hero ni tak macam hero lain yang menjadi idola ramai.Dia selalu menolong orang dan selamatkan orang tetapi berakhir dengan kerosakan.Dia ni dah la selekeh pastu kuat minum pulak tu.Disebabkan itu dia dibenci dan dipulau masyarakat.

Hakikatnya dia nak diri dia diterima walaupun dia berbeza.Cuma caranya tak betul.Akhirnya dia terima tawaran Ray,perunding imejnya untuk berubah.Yang menjadi konflik bila mana Hancock dapat tahu isteri Ray,Mary merupakan pasangannya yang mempunyai kuasa luar biasa sama macam dia.Tapi dorang tak boleh bersama sebab kuasa super mereka akan berkurangan.

Tapi penghujung cite ni menarik la.Hancock terpaksa terima dan akur yang dia dan Mary tidak boleh bersama dan dia juga sedar yang dia merupakan harapan orang ramai untuk menjaga keselamatan mereka.Filem Hancock ni dah diadaptasi jadi komik.


P.S :Kita boleh berubah kalau itu yang kita nak,tapi biarlah dengan cara yang betul.
+++ laislabonita +++
 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei