Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Posted Lady B at 12:34 AM 0 comments


Baru je selesai layaning ABPBH 2010 kat tv je.The best moment of course la si Adnan Sempit yang menang Artis Paling Popular 2010.Siapa lagi kalau bukan Shaheizy Sam.Memang minat dia ni sejak dia jadi pelakon.Yang tu aku cite later la.


Cuma nak share pemenang-pemenang ABPBH 2010 :

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010

TEMPAT : ARENA 0F STARS,GENTING HIGHLANDS

TARIKH : 3/4/2011

JAM : 9.00 malam - 12.00 pagi

ANUGERAH : 16 KATEGORI






Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Dato' Rosnani Jamil




Bintang Paling Popular Berita Harian 2010

Shaheizy Sam



  1. Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Rajalawak

  2. Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah

  3. Artis Baru Lelaki Popular - Shahir

  4. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali

  5. Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

  6. Artis Berkumpulan Duo Popular - 6ixth Sense

  7. Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir

  8. Penyanyi Wanita Popular - Yuna

  9. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam

  10. Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani

  11. Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak

  12. Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha

  13. Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj. Nawawi

  14. Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

  15. Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

  16. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

  17. Anugerah Artis Mobile - 6ixth Sense


+++ laislabonita +++

Sunday, November 28, 2010

Jom Kita Tengok Peter Pan The Musical

Posted Lady B at 11:31 PM 0 comments

Wah best nih Sunway Lagoon anjur event Peter Pan Greatest Adventure Musical di Amphitheatre Sunway Lagoon.Bermula 27hb Nov 2010 hingga 2hb Jan 2011,setiap hari melainkan Selasa.Tak tau la pulak kenapa hari Selasa tak ada.Mungkin digunakan untuk event lain.Start pukul 5.30pm setiap hari dan 8.00pm untuk Jumaat dan Sabtu.

Harga tiket nya berapa pulak?Mahal ke? Tak mampu den nak bayor.
Tak mahal sebenarnya.Masih lagi affordable price la.Boleh check harga tiket di sini

Untuk anak-anak kita yang umur 2 tahun hingga 11 tahun perlu dapatkan tiket untuk masuk.Baby je tak payah.Kalau nak jimat boleh beli tiket di Yellow dan Blue Zone.Tapi kan lebih seronok kalau dapat duduk di tempat VIP tak pun di Red Zone.


Apa-apa pun jom kita sama-sama terbang ke Neverland dengan Peter Pan.Phewwwww

*Tingat cerita Hook yang dilakonkan oleh Robin Williams.Julia Robert yang jadi tinkerbell,so cute la ^_^


+++ laislabonita +++

Friday, November 5, 2010

Happy Deepavali

Posted Lady B at 12:48 PM 0 comments

INGIN MENGUCAPKAN
**********************************
HAPPY DEEPAVALI
**********************************

KEPADA KAUM INDIA
DI SELURUH MALAYSIA

+++ laislabonita +++

Friday, October 29, 2010

Harga Tiket Piala Malaysia Naik RM10

Posted Lady B at 2:58 PM 0 comments
Kempen 1Penyokong 1Bendera
Photo credits: KelantanFA.com


FAM dah tak ada duit ke atau saja je naikkan.Tak tahu apa sebab musababnya.Mungkin sebab Kelantan masuk final gerenti ramainya datang ni.Naik sampai 50% tu dari RM20 ke RM30 dan menjadi tiket yang paling mahal dalam sejarah Piala Malaysia.Teruk kan.

Kalau ada apa-apa kerosakan terjadi selepas game dah tentu pihak KAFA yang akan menanggung segala kerugian dan denda.Jadi,apa sebabnya nak naikkan harga tiket tu ye?

Kalau nak dinaikkan takkan lah tunggu sehingga final baru nak naikkan.Kenapa tak dari awal Piala Malaysia bermula.Nampak sangat ambil kesempatan dia atas ke'excited'an penyokong Kelantan.

Anyway GOMO KELATE GOMO.Jangan jadi macam tahun sudah.Kalau kalah pun jangan lah sampai merosakkan harta benda awam.Seperti tok guru pesan,jangan buat jahat walau sekali.Kalau Sultan Kelantan ada lagi lah kena jaga perlakuan dan adab sebab ianya mencerminkan siapa diri kita.

Masalahnya yang buat hal seorang dua,tapi satu negeri yang kena tempiasnya.Kalau sebut pasal bola je,mostly orang akan cakap orang Kelate ni mesti nak gaduh,baling botol la,baling mercun dll.Padahal kalau negeri lain yang buat tak de pulak nak bising-bising.Kenapa la kan sampai macam tu sekali.Kelantan ni dalam Negara Malaysia lagi la bukannya Thailand ke Indonesia ke.Mana 1Malaysia nya?

Dari segi over excited penyokong The Red Warriors ni memang tak boleh nak tanding la kan.Setiap ada game Kelantan mesti stadium penuh.Mana nak cari macam tu? Sepatutnya dia orang contohi lah.Semangat kesukanan yang ada dalam diri penyokong-penyokong Gomo Kelate Gomo.

Apa-apa pun tunggu esok.Chow




+++ laislabonita +++

Thursday, October 21, 2010

Bengkel Teknik Penjagaan & Keselamatan Bayi di Taska

Posted Lady B at 11:12 AM 0 comments
Adakah anda seorang pengusaha taska?
Adakah anda seorang pengasuh taska?
Adakah anda tahu teknik serta penjagaan bayi di taska?
Adakah anda ingin memulakan bisnes taska?
Adakah anda mementingkan keselamatan bayi di taska?
Adakah anda sedar serta peka tentang kes-kes kematian bayi di taska?


Jika YA,sertai bengkel lengkap beserta Modul Khas
" Bayi Sihat, Bayi Ceria "

Tingkatkan Pengetahuan Anda Sekarang!


+++ laislabonita +++

Friday, October 8, 2010

Wedding Kayangan Dr Sheikh Muszaphar

Posted Lady B at 3:53 PM 0 comments
Cantik kan macam di alam kayangan gitu
Sumber : SNAP fb


Tak sabar nak tengok perkahwinan Dato Dr. Sheikh Muszaphar dengan Dr. Halina hari Ahad ni.Tengok gambar pre wed pun cantik kan.Macam dalam cerita Alice in Wonderland gitu.

Cantik la kat puncak Bukit Broga tu.Planning nak ambik gambar anniversary kat sana la.Hihihi.Nak feeling-feeling duk kayangan gak la.Tapi kan kalau dok kat atas bukit mana-mana pun boleh gak,then edit la.Betul tak?Emmmm

Aku gantung je buaian kat pokok-pokok rumah aku ni,pastu aku berayun je.Hehehehe.Tapi kalau kat umah dyla di Pasoh 1 lagi la best.Kat situ cam hutan belantara je.Kena cari lokasi yang sesuai nak letak buaian tu.Akan difikirkan nanti.

Walaupun aku tidak dijemput tapi aku nak menjemput diri sendiri tengok wedding Dr Sheikh kat TV3 secara live hari Ahad ni.Ahaks..Kena la memfree kan diri ye.Balik preview di Seri Kembangan kalau ada lagi la siaran nya,boleh la tengok.

Ramai kan melangsungkan perkahwinan 10-10-10 ni.Kenapa ye? Tarikh yang senang nak ingat kot.Next year 11-11-11 pulak,atau 1-1-11 pun ok gak.Kalau 20-10-2010 pun cantik jugak.Apa-apa pun tarikhnya,yang kita harapkan perkahwinan yang kekal sehingga akhir hayat.Bahagia sehingga anak cucu cicit.

Kepada pasangan yang akan mendirikan rumahtangga pada Ahad ini sama dengan Dr Sheikh idaman hati semelaya sembahyang hajat dulu semoga majlis berjalan dengan selamat dan lancar.Amin.


+++ laislabonita +++

Thursday, October 7, 2010

Preview Percuma Universal

Posted Lady B at 1:34 PM 0 comments

Jemputan ke Preview Rakan Usahawan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tarikh : 10hb Oktober 2010
Hari : Ahad
Masa : 11am - 1pm
Lokasi : Universal Training Centre,A-4-2,Blok A,Putra Walk,
Taman Pinggiran Putra,43300 Seri Kembangan,Selangor
Yuran : Percuma
* Kepada sesiapa yang ingin hadir atau pertanyaan,sila sms nama,ic no ke
014- 229 7918


+++ laislabonita +++

Saturday, September 25, 2010

Wedding Day.Open House.Makan.Makan

Posted Lady B at 10:28 PM 0 comments

Musim raya ni ramai betul jemputan kahwin dan open house.Tapi best jugak kan.Boleh makan free.Ahakssss

Hari ni saja aku attend 4 jemputan.Yang lain tu tak penting,so boleh pegi lain kali.

Pagi tadi kitaorang ke Hartamas jumpa my family.My big family.Quite big la rasanya.Sepatutnya ada jamuan tapi tak sempat.So,just berkumpul borak-borak.

Lepas zohor kitaorang ke Datuk Keramat.Sedara kitaorang kahwin di Dewan Sukan Datuk Keramat.Dari Hartamas ikut Duke Highway dekat la.I love Duke......

Yang ni sedara sebelah abah aku,cucu Tok Ngah Maarof.Aku cuma tau nama je sebelum ni,memang tak pernah jumpa pun.Mungkin masa kecik-kecik dulu ada la kot.Ntah la,dah lupa.Tapi yang dah veteren tu bila sebut nama my mum and my dad,dorang ingat la aku.Teruk kan.Yang tua lak ingat kita.

Disebabkan tertinggal SLR camera so menikmati nasi je la.Takde nak snap sana snap sini.Then,kitaorang balik lepas pengantin bersanding.

Penat.
Mengantuk.
Tidur.

After sembahyang maghrib kitaorang buat sembahyang hajat.Nasib baik Ayah Zul sempat sampai.Datang sorang lak.Macam bujang je.Hehehe.

Then aku balik ke rumah sebab open house di area rumah aku.Dekat dengan rumah sesangat.Kalau tak,aku nak stay je kat Hartamas.

Aku makan di 2 buah rumah dalam masa setengah jam.Hebat tak.
Boleh tahan.Nasi dan Mee Hoon Sup.Malam ni lemak-lemak berleluasa la dalam badan aku.
Amik ko.....Full Stop


+++ laislabonita +++

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Posted Lady B at 5:25 PM 0 comments

--------------------------------------------------

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

DI SELURUH DUNIA



FROM


+++ laislabonita +++

Tuesday, August 10, 2010

Esok Dah Pose Ye

Posted Lady B at 10:58 AM 0 comments

Sedar tak sedar dah nak pose esok.So malam ni trawih la yek.Malam ni kena bangun sahur.Time ni la nak dok umah,sebab mak yang kejut sahur pastu bangun makan jek.Hehehe...

Kadang-kadang tak sedar diri dah tua tapi memang malas nak bangkit sahur.Bila dah bangkit ok la.Awal-awal ni ok lagi.Bila dah nak dekat raye,adeiii malas betul la.

Tahun-tahun sebelum ni asyik pikir nak bukak pose kat mana.Pastu dalam kepala nih da ade tempat yang best nak bukak pose.Tapi tahun nih,kena ikut azam tahun 2010.Iaitu bukak pose di umah jek.Melainkan ade invitation atau orang nak belanja.Ahaks...Korang ingat lagik tak azam 2010.Mesti da lupe kan...

Aku nak tuntut janji adik aku,nak belanja bukak pose tahun lepas tapi tak tertunai lagik.Tahun ni kena yek,wajib belanja bukak pose.Oooooo yatt,ari ape nak belanja nih.Nanti kitaorang balik awal sket ek.

Harap-harap la aku pose penuh tahun nih.Kalau la jadik jantan kan best.Tapi best gak kalo tak leh pose,leh makan sesuke ati.yang tak bestnye kena ganti der...Ingat ape,free jek ek.


2 tahun lepas aku bukak pose ngan kawan baik aku.Yang sekarang die dah anggap aku musug sejati die.Biarkan.Lagipun aku tengok die idup cam tu gak.Tak de nampak perubahan melainkan tukar tempat keje baru.Eiii ape la aku nak ingat kat orang yang dah buat taik kat aku.Aku manusia biasa jek,bukan nabi yang senang-senang nak ampunkan orang.Lagipun die tak mintak maap pun.So kenapa aku nak maapkan die,tul tak?

Arrgghhh forget it la.Aku dah hepi sekarang,lebih hepi.Sebab tak de penipu dalam idup aku.Harap-harap tuhan balas la ape yang die dah buat kat aku.Aku tak de masa nak pi membalas dendam.Buang masa dan duit jek kan.

Nak tau tak sape die??? Jeng jeng jeng....nanti la aku akan bagitau jugak,bile aku rasa aku ade masa nak tulis nama die dalam blog tercinta aku yang suci murni nih.Kenapa lak aku nak letak nama die yang akan mencemarkan blog suci bersih tanpa was-was aku nih.


Weiii ape ni dok cite pasal benda lain.Back to the earth la.

Suke kan merapu ntah ape-ape.Kalo leh aku nak je tulis panjang-panjang cite pasal perangai die yang tak senonoh tuh.Baru pueh ati den.Lagipun kat sini jela tempat nak meluahkan rasa ketidakpuasan ati aku.

So nak cite pasal pose nih,ingat tak niat pose dengan doa bukak pose??? Aha...ni kena bukak balik buku fardhu ain la.Hihi...Budak-budak pun leh ingat ape daa....

So bulan pose ni aku break keje.Buat keje depan laptop jek.Kurangkan keje lebihkan berehat.Ahaks....lebihkan ibadah la.Sembahyang dan mengaji.Dah lama tul tak mengaji,aku ngaku.

Pose kali ni aku lebih tabah,sabar,redha,pasrah dengan ape yang orang lain buat kat aku.Aku nak mintak ampun dan maap pada sape-sape yang terasa ati dengan aku,mungkin aku bergurau kasar atau aku tak perasan.Yang penting kite hepi....Chow...

Gambar : credit to akusukamug


+++ laislabonita +++

Saturday, February 20, 2010

Wedding Fiza

Posted Lady B at 12:52 PM 0 comments
Hari ni aku dijemput untuk ke majlis kahwin Fiza di Taman Bunga Raya,Setapak.Atas sebab-sebab tertentu aku tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis kahwin Fiza.Lagipun aku received invitation thru email semalam.So tak dapat nak decide pegi ke tak.Sorry sangat-sangat Fiza.


Lady B
ingin mengucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU
buat
Fiza & Fhansurie
- semoga kekal ke akhir hayat -





+++ laislabonita +++

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

Posted Lady B at 3:26 PM 0 comments
Sekejap je masa berlalu.Tup tup dah nak raya kan.Yang seronok tentulah budak-budak.Kite yang remaja tua ni tak la seronok sangat.Cuma balik nak jumpa family dan sedara mara.

Berbanding zaman dulu time aku muda belia lagi.Sume mak sedara,pak sedara sihat-sihat dan muda-muda lagi.Sekarang ni dah uzur sume.Ada yang dah tak de.Sepupu ke sedara-sedara yang zaman muda dulu pun dah bawak haluan masing-masing.Ada yang dah kawen ada yang dah ada anak.Balik umah mertua yang jauh dari kampung.Tu yang rasa dah tak seronok sangat.

So kesimpulannye kawen dengan orang satu kapal je.Tak yah gaduh-gaduh nak balik umah sape.Lagipun sekarang ni zaman budak-budak muda lak yang sambut raya.Zaman aku dah lama hilang [cam tua sangat lak].Ahaks....

Oleh itu di kesempatan ini LADYBONITA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada family,sedara mara,kawan-kawan dan juga sume umat Islam.Lebih-lebih lagi kepada yang tersayang.

'Ampun dan maaf dipinta sekiranya diri ini terbuat kesalahan yang tidak disengajakan.Buang yang keruh amek yang jernih.Kesilapan yang lalu,janji tidak akan diulang lagi.Demi kebahagiaan kita bersama'

+++ laislabonita +++
 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei