Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

Marina Island...tunggu!!!

Posted Lady B at 11:19 AM 0 comments

Semalam borak dengan member lama aku Kak Nisa dari Perak.Bila nak pegi Perak lagi yek??? emmmm akan dimasukkan ke dalam list cuti-cuti Malaysia aku.

BTW dia ada bagitau pasal tempat bercuti yang baru iaitu Marina Island.Aku penah dengar gak Marina Island ni dari member-member aku yang gile memancing.Rasanya dorang pegi pertandingan memancing time tuh.Tengok gambar yang dorang amek memang cantik tempat tu.

Nak kena survey dulu ni apa yang best kat Marina Island.Aku memang tak pandai berenang so bukannya nak pegi scuba pun.Aku ni fobia air so memang tak nak belajar berenang pun.Takut wooo.Sape-sape yang nak ajar free pun aku tak nak yek.

Rasanya dah lama tak bercuti di pulau-pulau ni.Well tahun ni kan tahun untuk aku cut cost dari segi makan angin yang perabihkan duit.Gawat beb.Tapi bercuti tetap kena bercuti sebab kite perlulah berehat setelah penat bekerja.Betul tak Swan???? Jawab jangan tak jawab.

Marina Island ni dah lama launch since 2008 tapi aku tau last year dari kawan yg giler memancing tu dan Sis Nisa.So plan la Kak Nisa bile kite leh enjoy sama-sama.Malas nak ajak sape-sape,kalau nak pegi ikut je.Kang masalah lak *wink* aku tak nak memalukan muka aku lagik yang sedia ada tak malu nih ^_^

So sape-sape yang penah ke Marina Island Pangkor tu leh la email kat aku pic korang dan aku nak tau tempat paling best kat sana yek.
Anyway nantikan kedatangan aku ke sana yek Marina Island.Im coming......
+++ laislabonita +++

Monday, July 28, 2008

Road Show Ke Utara

Posted Lady B at 10:13 AM 0 comments
Dua hari lepas aku tak menulis sebab pegi Penang dengan Perak.Memang tak sempat nak menulis pun.Hari Jumaat malam tu baru bertolak ke Penang,ikut jalan Kuala Selangor.Bila sampai je kat Bandar Sri Iskandar berhenti makan.Dah banyak perubahan kat bandar ni,tak macam 10 tahu dulu.Semua dah berubah,dulu cuma ada Taman Maju je yang tak berapa maju.Sekarang ni dah ada terminal bas,shoplots pun dah banyak,kedai makan,bank dan jalan pun dah besar.


Ni pintu masuk utama ke UiTM

Sampai kat Bayan Lepas dah pukul 2 pagi.Aku stay kat umah kawan,Atan di Sungai Ara.Sampai je aku terus tido,ngantuk ler.Dorang keluar minum,tak tau la balik pukul berapa.Pagi sabtu lepas breakfast kitaorang keluar pegi jumpa kawan EJ,Zana nama dia.Dia keje kat EON Bank Bayan Baru.Lepas tu pegi Hospital Pantai kirim barang untuk Nazlida.Ingatkan nak jumpa pakcik aku kat Kg Kastam,Gelugor tapi tak kesampaian.

Kitaorang pegi umah Abg Juna di Balik Pulau semata-mata nak makan durian.Hehe...Memang best ler durian Balik Pulau ni.Zura wife Abg Juna ni tunggu masa je nak bersalin.Wah tak lama lagi dapat anak sedara sorang lagi.Dah kekenyangan makan durian kitaorang pegi jenjalan kat Queensbay sambil-sambil window shopping.Seharian jalan-jalan dengan Atan.Best la wooo...


Ni la Atan aka tourist guide aku

Malam tu plak pegi jumpa Rafie' aka Mamak.Lepak je dengan dia kat warung area Seberang Jaya.Lagi pun malam tu kitaorang nak tido kat Kulim umah Abe Jabar.Kitaorang duk plan la nak buat gathering akhir tahun ni.Pejam celik dah 10 tahun kitaorang kawan.Lama tuh...

Pagi Ahad semalam kitaorang dah bertolak ke Grik jumpa Bote.Wah dah berisi la dia,lain sangat.Kalau jumpa kat mana-mana memang tak cam dia.Kitaorang duk umah dia siap makan tengahari lagi.Belasah jela.Tak sempat nak amik gambar dengan dia dan mrs dia.


Ni view jalan Grik ke Taiping

Lepas makan kitaorang bertolak ke Taiping pulak nak jumpa Leen.Kitaorang lepak kat JomBali kat atas Tesco.Leen ni takde la berubah sangat tapi dah cun la.Maklumla orang dah bertunang.Hehe....Nanti kawen jemput aku yea...

Lepak dengan Leen kat JomBali

Aku pegi umah uncle aku kat Meru.Lepas tu jumpa Masri di Meru Valley Golf Resort.Uncle aku member kat situ so dia la yang belanja kitaorang.Thank u Ayah Ngah.Balik umah uncle aku mandi dan berehat dulu.Kitaorang on the way nak balik ke Klang singgah jumpa Azwan kat area Meru jugak.Dalam pukul 11 lebih baru bertolak balik ke Klang.

Wah seronok betul la 2 hari ni.Walaupun rushing ke sana ke mari tapi memang fun la.Ramai lagi member-member aku tak sempat jumpa.Ada yang balik kampung.Next time kita jumpa ok.


P.S :tak sempat jumpa Adli di Nibong Tebal sebab masa tak mengizinkan,so sorry EJ.


+++ laislabonita +++
 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei