Monday, July 28, 2008

Road Show Ke Utara

Posted Lady B at 10:13 AM
Dua hari lepas aku tak menulis sebab pegi Penang dengan Perak.Memang tak sempat nak menulis pun.Hari Jumaat malam tu baru bertolak ke Penang,ikut jalan Kuala Selangor.Bila sampai je kat Bandar Sri Iskandar berhenti makan.Dah banyak perubahan kat bandar ni,tak macam 10 tahu dulu.Semua dah berubah,dulu cuma ada Taman Maju je yang tak berapa maju.Sekarang ni dah ada terminal bas,shoplots pun dah banyak,kedai makan,bank dan jalan pun dah besar.


Ni pintu masuk utama ke UiTM

Sampai kat Bayan Lepas dah pukul 2 pagi.Aku stay kat umah kawan,Atan di Sungai Ara.Sampai je aku terus tido,ngantuk ler.Dorang keluar minum,tak tau la balik pukul berapa.Pagi sabtu lepas breakfast kitaorang keluar pegi jumpa kawan EJ,Zana nama dia.Dia keje kat EON Bank Bayan Baru.Lepas tu pegi Hospital Pantai kirim barang untuk Nazlida.Ingatkan nak jumpa pakcik aku kat Kg Kastam,Gelugor tapi tak kesampaian.

Kitaorang pegi umah Abg Juna di Balik Pulau semata-mata nak makan durian.Hehe...Memang best ler durian Balik Pulau ni.Zura wife Abg Juna ni tunggu masa je nak bersalin.Wah tak lama lagi dapat anak sedara sorang lagi.Dah kekenyangan makan durian kitaorang pegi jenjalan kat Queensbay sambil-sambil window shopping.Seharian jalan-jalan dengan Atan.Best la wooo...


Ni la Atan aka tourist guide aku

Malam tu plak pegi jumpa Rafie' aka Mamak.Lepak je dengan dia kat warung area Seberang Jaya.Lagi pun malam tu kitaorang nak tido kat Kulim umah Abe Jabar.Kitaorang duk plan la nak buat gathering akhir tahun ni.Pejam celik dah 10 tahun kitaorang kawan.Lama tuh...

Pagi Ahad semalam kitaorang dah bertolak ke Grik jumpa Bote.Wah dah berisi la dia,lain sangat.Kalau jumpa kat mana-mana memang tak cam dia.Kitaorang duk umah dia siap makan tengahari lagi.Belasah jela.Tak sempat nak amik gambar dengan dia dan mrs dia.


Ni view jalan Grik ke Taiping

Lepas makan kitaorang bertolak ke Taiping pulak nak jumpa Leen.Kitaorang lepak kat JomBali kat atas Tesco.Leen ni takde la berubah sangat tapi dah cun la.Maklumla orang dah bertunang.Hehe....Nanti kawen jemput aku yea...

Lepak dengan Leen kat JomBali

Aku pegi umah uncle aku kat Meru.Lepas tu jumpa Masri di Meru Valley Golf Resort.Uncle aku member kat situ so dia la yang belanja kitaorang.Thank u Ayah Ngah.Balik umah uncle aku mandi dan berehat dulu.Kitaorang on the way nak balik ke Klang singgah jumpa Azwan kat area Meru jugak.Dalam pukul 11 lebih baru bertolak balik ke Klang.

Wah seronok betul la 2 hari ni.Walaupun rushing ke sana ke mari tapi memang fun la.Ramai lagi member-member aku tak sempat jumpa.Ada yang balik kampung.Next time kita jumpa ok.


P.S :tak sempat jumpa Adli di Nibong Tebal sebab masa tak mengizinkan,so sorry EJ.


+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei