Sunday, August 24, 2008

Butterfly Park

Posted Lady B at 10:42 AM

Aku baru je balik dari walking kat Butterfly Park Bukit Tinggi.Balik singgah makan nasi lak.Pagi tadi ada jogathon kat umah aku,tapi tak join pun.Aku balik tadi dorang belum abis lagi.Tak tau la dorang start kul berapa.Aku kuar pagi tadi belum start lagik.



Ni terasa mengantuk la sebab semalam aku tengok wayang kat TGV Bukit Tinggi.Tengok cite Zohan.Cite ni cam bodoh sket tapi seronok la.Ada sedikit vulgar.Cite ni mengisahkan seorang komando Israel yang nak berhijrah ke New York untuk menjadi seorang hair styler so dia terpaksa memalsukan kematiannya.Jatuh cinta pulak dengan pompuan Palestin dan bagaimana Zohan dah naik menyampah dengan politik Israel.


Walaupun ada genre action dan komedi tapi terang-terang menghina Islam dan umat Islam sebagai pengganas dan filem ni memenangkan Yahudi secara sembunyi.Seolah-olah nak bagitau satu dunia yang Zionist tu hero dan umat Islam ni zalim dan jahat.



Ini aku rasa filem Adam Sandler yang agak kotor berbanding filem-filem dia yang lebih lembut sket dan lebih kepada tontonan umum.Babak yang paling best dalam cite ni Zohan main dengan nenek.Hehe....Chow




p.s:Aku suke rambut Emmanuelle Chriqui dalam cite ni.Canteks nyer...Ahaks..

+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei