Saturday, August 16, 2008

Go LCW !!! Go DSAI !!!

Posted Lady B at 1:44 PM

Semalam aku tengok Olimpik dengan my dad.Mestilah dia nak tengok sukan favourite dia,badminton la.Aku layan je la.Seronok la dia Chong Wei menang.Sekaligus akan meletakkan Malaysia samada pingat emas atau perak.

Tak kira samada LCW menang emas atau perak,dia dah tentu mencipta sejarah menjadi perseorangan pertama negara yang masuk final di Sukan Olimpik selepas Rashid Sidek yang hanya dapat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996.So kita sama-sama nantikan final esok.

Lee Chong Wei, go grab that RM1 million promised....!



Hari ni jugak merupakan hari penamaan calon Permatang Pauh.Tadi sempat jugak tengok berita.Fuh ramainya pengikut Dato Seri Anwar Ibrahim,dianggarkan lebih 50,000 penyokong PR.Duk baca blog DSAI semalam tentang kemenangan Lee Chong Wei,sempat jugak DSAI tengok perkembangan Olimpik di samping sibuk berkempen.

Aku ni tak la minat politik sangat tapi kena la ikut perkembangan semasa,aku cuma suka baca blog DSAI,penuh element peribadi.Hope u will win on this coming election.You are the hope for a new Malaysia.

Banyak benda yang perlu diubah dan diatur semula selain dari memartabatkan rakyat,sukan juga perlu dititikberatkan,disebabkan sekarang ni kan tengah hangat Sukan Olimpik.Lagipun dengan sukan la sesebuah negara akan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Bukan apa sukan di Malaysia ni dah jadi macam politik.Orang-orang yang dalam persatuan duk berebut macam-macam,memang tak profesional langsung.So atlet la yang jadi mangsanya.Abis tu macam mana la Malaysia nak dapat emas Olimpik.

Blog aku ni bukannya pasal politik atau sukan ke,just pasal diri aku.Tapi apa yang aku nak kaitkan kat sini ialah aku ni pun rakyat Malaysia gak so aku ada hak nak cakap apa sahaja.Lagipun politik dengan sukan ni ada kaitan gak.Tengok...Olympics does bring all Malaysian together..like a super magic...Chow

P.S:Kredit to kawan aku yang keje kat Bukit Jalil

+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei