Saturday, October 18, 2008

The House Bunny

Posted Lady B at 9:18 AM


Semalam lepas pasang water filter kat umah kak ena,aku pegi makan mee kari umah ibu.Sodap tu mee kari kak ena buat.Aku siap makan nasi lagi umah ibu.Ada udang tu yang dah tak boleh tahan.

Semalam aku tengok midnite movie.Tengok cite The House Bunny,lakonan Anna Faris yang cute sebagai Shelly,iaitu seorang 'Bunny Playboy'.Shelly telah diusir dari umah agam Playboy pada ari jadi dia yang ke 27.

Dalam usaha dia mencari tempat tinggal dia bertemu dengan Natalie yang merupakan presiden Zeta.Zeta merupakan umah sororiti yang sedang menghadapi masalah di mana ianya akan ditutup kerana tidak mempunyai ramai ahli.

Shelly menawarkan diri untuk membantu bagi mengekalkan persatuan mereka.Ada yang kurang bersetuju pada mulanya tapi akhirnya mereka menerima Shelly kerana bakatnya dalam memikat lelaki.Usaha Shelly akhirnya berjaya membuahkan hasil di mana gadis-gadis Zeta menjadi popular di universiti lebih-lebih lagi di kalangan lelaki.

Dalam masa sama Shelly jatuh cinta dengan Oliver iaitu seorang pemuda yang bertugas di pusat penjagaan orang-orang tua.Iaitu tempat di mana gadis-gadis Zeta membuat amal kebajikan bagi persatuan mereka.

Cite ni memang menghiburkan dengan dialog-dialog yang lucu.Apa yang Shelly dan gadis-gadis Zeta ingin sampaikan ialah yang penting ati budi seseorang dan be yourself.Kalau nak tau jalan cite sampai abis pegi la ke panggung berdekatan anda.Ahaks...Chow

+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei