Saturday, December 27, 2008

Family Day Felda N9

Posted Lady B at 11:46 PM

Aku bertolak ke MiTC Melaka kul 6am tadi nak join Family Day untuk staff Felda.Kitaorang sampai lam kul 8am lebih,sama dengan adik aku.Pagi tadi ada sukaneka,senamrobik dengan menari poco-poco.Aku cuma jadi penonton je.

Menari poco-poco

Lepas lunch tadi,kitaorang ke 'The Science of Aliens Exhibition' di MiTC.Best jugak pameran ni,rasa cam nak pegi lagi la.Pameran ni Dibawa khas dari London start dari 23 Ogos 2008 hingga 22 Januari 2009.Dalam pameran ni terbahagi kepada 4 zon di mana setiap zon terdapat pelbagai informasi yang menarik.





Waktu Pameran untuk Pameran Aliens di pada ari Isnin hingga Jumaat: 11am-7pm.Weekend 11am-9pm.Tiket untuk dewasa ialah RM8 dan Kanak-kanak bawah 18 tahun RM$.Manakala family RM20 (2 dewasa dan 3 kanak-kanak)..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Maskot Zoo Melaka

Lepas tu kitaorang terpaksa rushing naik bas nak ke Zoo Melaka.10 buah bas disediakan untuk family day Felda ni.Memang tak sempat nak rest sebab terpaksa ikut jadual yang dah ditetapkan.Maklumla semuanya disponsor, so ikut jela.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kitaorang balik dari zoo lam kul 7pm.Balik bilik terus mandi dan makan.Sebab kitaorang nak gerak ke River Cruise kul 8pm.Malam tadi naik bot round Sungai Melaka.Best wooo....Cuma tak dapat nak amek gamba cantek-cantek.


View dari atas bot

Punyela ramai orang beratur nak naik bot malam tadi.Maklumla cuti sekolah.Terpaksa tunggu setengah jam jugak la baru dapat naik bot.

Cantek tul la view dari atas bot tapi sayang aku tak dapat nak amek gamba yang betul-betul cantek.

Bangunan yang diliputi lampu-lampu

Eye On Malaysia di Melaka

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengalaman ari ni aku tak plan pun,aku plan nak bercuti ke tempat lain.Last-last adik aku ajak join Family Day untuk Staff Felda.Lagipun aku terasa ati dengan orang tu.Tapi dalam satu ari ni memang aku tak ingat langsung yang aku tengah sakit ati.Memang seronok giler.

Sebelum ni kalau nak bercuti,Melaka tak de pun dalam plan.Selalunya nak bercuti ke pulau ke atau tempat-tempat sejuk jer.Rupa-rupanya dalam Mesia ni banyak lagi tempat menarik yang aku belum pegi.Ahaks....Chow...

+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei