
Wah esok ramai tuh rakyat klate maghi kolumpo.Termasuk la kezen ngan member-member kat klate.Esok kan final Piala F.A.Aku ni bukannye minat pun tapi sekadar tahu jela.Nak kata tak minat pun tak,minat pun tak.Yang sedang-sedang saje....
Ada karnival kat Bukit Jalil dari pagi sampai petang.Selalunya kalau ada karnival cam tuh aku mesti pegi dengan member-member.Tapi sekarang dorang dah busy dengan life masing-masing.Lagipun ada yang dah pindah jauh dari KL nih.So aku rasa macam keseorangan jer.Nape la sejak akhir-akhir ni aku rasa macam sunyi sangat-sangat.Emmm....
Aku ada la terbaca lam forum BolaSepak,yang post komen pasal kebangkitan team klate.Aku memang sokong apa yang dia cakapkan.Yang mana Team Klate agak menonjol walaupun tanpa pemain import.Selain tu stadium di Klate sentiasa penuh berbanding di negeri lain.
Bukan nak cakap apa ore klate ni meme fanatik la.Wah kecek klate sudoh.Sampaikan bas terpaksa import dari terengganu tuh.Punye la tak cukup bas yang ada kat Klate tuh.Fuhh aku tak tau la bape ramai yang datang.Kalau menang, raya pose la esok skali dengan raya aji dan jugak raya cina termasuk raya-raya lain.Wakaka...
Tiket kat Klate dah terjual 30,000 tuh.Tak tau la macam mana keadaan malam esok.Mesti happening giler kan.Semangat yang macam ni yang kita nak.Semangat sukan bolasepak dan patriotisme la katakan.Bukan setakat tengok MU je sanggup bangun 2pagi.Go for Malaysia...Actually Liga Malaysia pun apa kurangnya cuma FAM kena do something.
Apa yang aku perhatikan bolasepak Malaysia ni memang tak de hala tuju.FAM ni satu organisasi yang kurang cekap dari sume segi kot.Sebab tak mampu nak wujudkan satu pasukan yang world class dan profesional.Ada officer yang berkebolehan dan berpengalaman tak nak amek keje - ni nak promote kesayangan aku ler.
Aku cuma cakap apa yang aku tau.Anyway GOMO KLATE GOMO....of coz la aku nak Klate menang malam esok.Aku kan Klantanese.Tapi jangan gaduh dah la kalau kalah.Chow....
+++ laislabonita +++
0 comments:
Post a Comment