
Sekejap je masa berlalu.Tup tup dah nak raya kan.Yang seronok tentulah budak-budak.Kite yang remaja tua ni tak la seronok sangat.Cuma balik nak jumpa family dan sedara mara.
Berbanding zaman dulu time aku muda belia lagi.Sume mak sedara,pak sedara sihat-sihat dan muda-muda lagi.Sekarang ni dah uzur sume.Ada yang dah tak de.Sepupu ke sedara-sedara yang zaman muda dulu pun dah bawak haluan masing-masing.Ada yang dah kawen ada yang dah ada anak.Balik umah mertua yang jauh dari kampung.Tu yang rasa dah tak seronok sangat.
So kesimpulannye kawen dengan orang satu kapal je.Tak yah gaduh-gaduh nak balik umah sape.Lagipun sekarang ni zaman budak-budak muda lak yang sambut raya.Zaman aku dah lama hilang [cam tua sangat lak].Ahaks....
Oleh itu di kesempatan ini LADYBONITA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada family,sedara mara,kawan-kawan dan juga sume umat Islam.Lebih-lebih lagi kepada yang tersayang.
'Ampun dan maaf dipinta sekiranya diri ini terbuat kesalahan yang tidak disengajakan.Buang yang keruh amek yang jernih.Kesilapan yang lalu,janji tidak akan diulang lagi.Demi kebahagiaan kita bersama'
+++ laislabonita +++
0 comments:
Post a Comment