
Aktiviti : Segerabak Membaca - Baca@LRT
Date : 16/01/2010
Time : 10am
Venue : Terminal Putra - Kelana Jaya
Pagi ni start kempen Baca@LRT tapi aku tak dapat join la atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Lagipun di mana kte berada tak penting,yang penting ialah minat untuk membaca tu tetap ada.Ahaks...
Kempen ni untuk memupuk minat dalam diri masing-masing untuk membaca tak kira apa jua jenis buku.Komik ke majalah ke buku cite ke buku motivasi ke atau apa-apa jua jurnal.Termasuk jugak la ebook.Emmm,aku rasa banyak gak ebook yang dibeli dan dapat free tak sempat dibaca.
Contoh sekolah cina menggunakan komik sebagai satu bahan wajib baca.Pelik gak kan.Time kte sekolah dulu cikgu cukup pantang tengok kte baca komik.Sampai kena rampas dan didenda...[tingat kisah dulu-dulu,hikhik...]
Apa-apa pun membaca ini dapat menambah ilme pengetahuan kte yang cetek.Dapat mengetahui sesuatu yang tidak terpikir oleh kte.Lagipun bukannya selalu dapat tengok Astro Discovery Channel ke Animal Planet ke etc...
Selain tu kan,dengan membaca buku-buku motivasi dapat menyelesaikan masalah-masalah yang menimbun di kepala otak.Memang lumrah orang melayu cukup malu untuk berjumpa dengan kaunselor.
Jadi sume masalah pendam je dan at last amek keputusan terburu-buru.Buat sesuatu di luar dugaan la dan ada yang jadi cam psiko.Sebagai contoh yang kes satu family kena bunuh di Negeri Sembilan baru-baru ni.
p.s : Aku ni ske beli buku,tapi banyak yang belum dibaca,ni kategori ape ek.Bukan ape,bila dengar je ada kuar buku baru [yang aku minat je la] trus cari buku tu,pastu simpan kat rak buku jek.Janji da beli buku tu.At least leh cakap aku da beli buku tuh...Chow...
+++ laislabonita +++
0 comments:
Post a Comment