Wednesday, January 20, 2010

Program Subsidi Beras Untuk Rakyat

Posted Lady B at 6:25 PM


Tadi aku ada terbaca dalam email rasanya mengenai subsidi beras.Tentu tertanya-tanya apa tujuan Program Subsidi Beras Untuk Rakyat atau SUBUR ni.SUBUR diwujudkan dalam bentuk baucar yang mana untuk golongan miskin.

Sesiapa yang berpendapatan RM1,500 (bandar) ke bawah dan RM1,000 (luar bandar) ke bawah sebulan yang layak memohon untuk subsidi ini.

Bagus jugak adanya subsidi ini,sebab ianya dapat mengelakkan penyalahgunaan subsidi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Kalau bagi melalui baucar jadi tak dela masalah dengan pembahagian subsidi.Tapi mungkin masalah dengan nak approve borang dan jugak pembelian di kedai runcit dengan baucar.

Macam mana nak dapatkan baucar SUBUR ni?

Dengan isi borang dan disubmit ke agensi-agensi yang terlibat.Borang ni free je dan boleh di download di sini

Untuk maklumat lanjut boleh layari website ini

p.s : Aku makan beras cap pisang.Boleh beli guna baucar ke? Tapi masalahnya layak ke nak apply baucar tu.Bagi je pada yang lebih memerlukan.

+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei