Tuesday, January 26, 2010

Ulser Mulut

Posted Lady B at 7:38 PM

Actually minggu ni aku dah kurangkan aktiviti kat luar disebabkan aku kena ulser mulut.Orang panggil mata ikan ke ape.Adoi memang sakit sebab aku tergigit lak kat tempat yang sakit,jadi bertambah-tambahlah sakitnya.

Ulser mulut ni memang bahaya dan boleh menyebabkan cancer.Jadi kena lah jaga kesihatan yang mungkin dianggap remeh temeh je.Ulser ni berwarna putih atau kuning dan dikelilingi kemerah-merahan.

Penyebab sebenar ulser mulut ni tak la diketahui.Tapi mungkin disebabkan oleh stress atau perubahan hormon.Kadang-kadang tu disebabkan adanya jangkitan dalam mulut atau alergik yang mana pesakit resdung selalunya alami.

Kadang-kadang tu tergigit lidah atau bibir jugak akan menyebabkan ulser mulut dan mungkin disebabkan kurangnya zat makanan atau air dalam badan.Jadi perlulah sentiasa alert tentang diet seimbang seharian kite.Keadaan cuaca yang terlalu panas pun boleh menyebabkan ulser mulut jugak.

Pemakaian braces gigi pun boleh menyebabkan ulser mulut tapi mungkin jugak sebab hilang selera makan disebabkan ketidakselesaan braces di gigi menjadi punca utama tak nak makan dan minum.Mungkin kan??

Tapi ada jugak pesakit yang mendapat rawatan radioterapi atau kimoterapi mendapat ulser,mungkin disebabkan tindakbalas dari rawatan yang sedang dijalani.Tapi berbeza tindakbalas setiap individu.

Lagi satu mungkin faktor keturunan jugak,sebab bila abah aku yang kena ulser mulut aku pun akan naik sama.Tapi kalau diikutkan memang family aku ni senang je terkena ulser mulut ni.Mungkin faktor keturunan pun antara penyebab utama.Apa kata doktor ???

Tanda-tanda seseorang alami ulser mulut ni antaranya sakit di dalam mulut rasa macam nak terbakar je.Ketidakselesaan untuk bercakap atau pun time gosok gigi pun rasa sakit atau pedih dalam mulut.

Hilang selera nak makan walaupun sebelum ni memang kite jenis yang berselera gajah.Ahaks...Tapi ada jugak kadang-kadang tu demam dan bengkak di leher atau di pipi.Yang ni sebab ulser terlalu besar atau banyak.

Jadi untuk elakkan dari kesakitan ulser mulut ni perlulah berkumur dengan antiseptik contohnya Listerine ke atau Bactidol.Boleh jugak disapu krim atau gel seperti Bonjela ataupun Oral Aid.Tapi bagi aku kedua-dua ni penting sebab Bonjela untuk cepat baik dan Oral Aid untuk kebas mulut.So time mulut dah rasa kebas cepat-cepat la belasah nasi *ahaks*

Elakkan dari makan makanan pedas-pedas dan panas serta makanlah makanan yang lembut contohnya ais krim - dapat melegakan rasa macam nak terbakar dalam mulut.Banyakkan minum air untuk menyejukkan dalam badan.Tak pun minum air badak cap kaki tiga pun boleh gak.

Apa yang aku bagitau ni mengenai apa yang aku alami sekarang.Setiap individu mungkin berbeza tapi lebih kurang sama la.Aku memang dah lama tak terkena ulser mulut ni sebab memang aku jaga la.Tapi baru-baru ni terlupa Listerine dah habis pastu tergigit bibir tambah lak cuaca panas so apa lagi,ulser mulut datangla melawat.

Kite perlu la sentiasa jaga kebersihan mulut dan jangan lupa kumur setiap hari dengan Listerine.Selain itu,kalau tergigit bibir ke lidah ke atau rasa macam ulser nak datang melawat cepat-cepat sapu Bonjela.Jadi Bonjela dan Oral Aid adalah benda penting dalam handbag.

Kalau dah naik mungkin 4-5 hari baru pulih seperti biasa.Ada yang sehingga lebih 10 hari,itu better pegi jumpa doktor la.Mana tau kan.Chow....

+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei