Friday, October 29, 2010

Harga Tiket Piala Malaysia Naik RM10

Posted Lady B at 2:58 PM
Kempen 1Penyokong 1Bendera
Photo credits: KelantanFA.com


FAM dah tak ada duit ke atau saja je naikkan.Tak tahu apa sebab musababnya.Mungkin sebab Kelantan masuk final gerenti ramainya datang ni.Naik sampai 50% tu dari RM20 ke RM30 dan menjadi tiket yang paling mahal dalam sejarah Piala Malaysia.Teruk kan.

Kalau ada apa-apa kerosakan terjadi selepas game dah tentu pihak KAFA yang akan menanggung segala kerugian dan denda.Jadi,apa sebabnya nak naikkan harga tiket tu ye?

Kalau nak dinaikkan takkan lah tunggu sehingga final baru nak naikkan.Kenapa tak dari awal Piala Malaysia bermula.Nampak sangat ambil kesempatan dia atas ke'excited'an penyokong Kelantan.

Anyway GOMO KELATE GOMO.Jangan jadi macam tahun sudah.Kalau kalah pun jangan lah sampai merosakkan harta benda awam.Seperti tok guru pesan,jangan buat jahat walau sekali.Kalau Sultan Kelantan ada lagi lah kena jaga perlakuan dan adab sebab ianya mencerminkan siapa diri kita.

Masalahnya yang buat hal seorang dua,tapi satu negeri yang kena tempiasnya.Kalau sebut pasal bola je,mostly orang akan cakap orang Kelate ni mesti nak gaduh,baling botol la,baling mercun dll.Padahal kalau negeri lain yang buat tak de pulak nak bising-bising.Kenapa la kan sampai macam tu sekali.Kelantan ni dalam Negara Malaysia lagi la bukannya Thailand ke Indonesia ke.Mana 1Malaysia nya?

Dari segi over excited penyokong The Red Warriors ni memang tak boleh nak tanding la kan.Setiap ada game Kelantan mesti stadium penuh.Mana nak cari macam tu? Sepatutnya dia orang contohi lah.Semangat kesukanan yang ada dalam diri penyokong-penyokong Gomo Kelate Gomo.

Apa-apa pun tunggu esok.Chow




+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei