Friday, October 1, 2010

Sakit Kepala Menyerang Kembali

Posted Lady B at 1:39 PM



Sakit kepala sejak akhir-akhir ni.Mungkin sebab panas hujan kot.Selalu kena hujan lepas tu kena panas.Balik tak mandi.Ambik ko...

Malas betul makan ubat.Bila dah makan nanti,mulalah mata ni senyum sebaris.Nak menaip pun tak nampak apa.Kadang terfikir jugak,kita sakit kepala jumpa doktor,then doktor kasi ubat ponstan atau tahan sakit yang lain.Lepas seminggu sakit kepala lagi.Macam mana kita nak tahu yang sakit kepala itu normal atau serius.

Tengah pening-pening tadi aku jumpa info pasal sakit kepala.Antara punca-puncanya :
  1. Stress - yang ni memang tak boleh lari,semua orang stress kan.Cuma berbeza dari segi stress kerja ke atau masalah rumahtangga dll

  2. Pengambilan ubat-ubat - aku sekarang memang tengah makan ubat untuk rawatan lepas operation,mungkin la kot.

  3. Penyakit metabolik - contohnya kurang gula dalam tubuh,kurang darah,kegagalan fungsi ginjal dan hati.Takut weh yang ni.

  4. Kecederaan kepala - disebabkan kemalangan.Aku pernah accident tapi dah lama.Tak mungkin kot.

  5. Inflamasi salur darah di kepala dan otak - selalunya wanita yang berusia 50 tahun ke atas.

  6. Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium - disebabkan jangkitan bakteria atau virus dalam otak.

* kalau nak tahu selanjutnya boleh baca kat sini Punca-Punca Sakit Kepala

Macam mana nak hilangkan sakit kepala?

  • Berehat seketika dengan baring.Akan terasa hilang stress.

  • Baring atas katil dan pejam mata lebih kurang setengah jam.Memang jadi kalau setakat sakit kepala yang biasa.Kalau tak hilang juga,terus jumpa doktor.

  • Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.That's why kalau drive kena pakai spek hitam,bukan untuk style je,tapi kesihatan.Jangan tiru artis pakai spek hitam malam-malam buta.Hehe

  • Berehat dalam bilik yang gelap sebab matahari yang jadi punca sakit kepala.Jimat bil api macam ni kan.

  • Ambil ketulan ais dalam tuala then letak atas mata.Aku selalu letak di dahi atau kepala.Okay jugak.

  • Kalau ais tak menjadi,cuba guna air suam pulak.Letak di mata dalam setengah jam.

  • Fikirkan perkara positif.Yang ini untuk kalau disebabkan tekanan perasaan atau gangguan.Aku selalu imagine mandi kat jeram,shopping sakan dan orang tolong bayarkan dan dalam dunia ni aku dok sorang-sorang je.Hihi

Cuba korang buat semua list kat atas.Aku dah try semua,memang menjadi.Cuma yang letak air suam tu tak lah sebab aku prefer ketulan ais lagi.Kalau semua tak menjadi itu kira kronik.Ahaks.Takutkan.Tapi better check dengan doktor.

Apa-apa pun kita kenalah sentiasa jaga kesihatan dan kalau rasa ragu-ragu check dengan doktor.Sakit kepala yang disebabkan stress pun bahaya jugak.Uncle aku kena kanser sebab utamanya ialah stress kerja.Hah betul ni.

Oleh itu jaga la kesihatan anda sendiri sebelum nurse yang jaga.Chow...

+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei