Monday, March 28, 2011

Cara-Cara Nak Jaga Kasut

Posted Lady B at 3:30 PM


Cun tak kasut baby nih...cute bangat....


Source pix : Etsy


Semalam beli kasut my kiddies.Nak beli sepasang je tapi terbeli dua pasang.Murah kan.Murah murah jom beli.Setan pun naik tanduk atas kepala nih.Hikhik... Di kasut tu ada tag comel bulat kecik je.Ingatkan nak buang tapi terbaca kat situ mengenai how to take care of your shoes?Hah nih ambik dari Baby Bubbles.Check it out :



  • Kalau kasut korang basah kena hujan ke ataupun baru basuh,seeloknya keringkan selama 24jam.


  • Kasut berbau???? Setengah orang ada yang kasutnya berbau,bukan disebabkan kaki yang berbau tapi kasut.Jadi letak sedikit baking soda setiap malam selepas guna.Bau tersebut akan hilang.Aku belum try pun sebab kasut tak berbau pun.


  • Elakkan dari guna kasut yang sama untuk 2 hari berturut-turut.Jadi,beli lah kasut banyak-banyak ye ^_^.Selain itu boleh elakkan kasut korang dari berbau.


  • Gunakan berus yang lembut untuk bersihkan kasut dan juga sabun neutral.Jangan pulak belasah dengan berus lantai dan pencuci jamban.Lepas tu cuci dengan air yang bersih.


  • Buang kesan-kesan kotor atau ada excess moisture dengan towel atau kain.


  • Keringkan kasut di bawah pancaran sinaran matahari ataupun kat luar rumah.Takde lah bau kasut dalam rumah.


Panduan ini sesuai untuk kasut baby tapi boleh je diapply kat kasut korang.At least kasut tu bersih dan bau wangi je.

Nak jual balik dalam mudah.my pun senang kan.Hikhik...Yela kan,kalau nak beli kasut baru,jual lah kasut yang tak terpakai tu.Kemas sikit rak kasut tu.Ini berselerak dengan kasut yang dah bertahun tak sentuh pun.Entah-entah dah lupa akan kewujudan kasut tu.


+++ laislabonita +++


0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei