Thursday, March 24, 2011

Konsep SSTwo Mall - It's Almost Home

Posted Lady B at 6:29 PM

Ini gambar depan SSTwo Mall,tapi aku masuk dari jalan yang menghala ke apartment

Source gambar : Facebook SSTwo Mall


Semalam bukak website Tutti Fruty ada nampak di SSTwo Mall.Tak pernah lagi aku berdantang ke sana.Petang tadi sebelum ambik young yakuza,aku sempat ler terbang ke SS2. Padahal sebelum ni dah pernah lalu jalan tu,tapi tak perasan pulak itu ialah Shopping Mall.Sebab itu pintu belakangnya yang menghala ke Apartment Jasmine dan Ameera [betul ke ek Ameera ni,suke-suke hati je kan] Masih baru lagi SSTwo Mall ni sebab parking pun free lagi.Mesin Autopay masih lagi berkotak.Parking pun penuh lagi.Syok la boleh pilih je nak park kat mana.




Jangan jadi macam Harbour Place,Klang.Dah lama buka tapi tak banyak pun kedai.Yang pegi pun cuma nak tengok wayang di MBO.Kalau tak ada MBO,emmmmm entah la.Sendu dan sepi je la. Pada pandangan aku,konsep SSTwo Mall ni lebih kurang dengan Plaza Damas.Sebab dari luar nampak macam kecik je,tapi bila dah masuk rupa-rupanya ada lagi bangunan kat belakang.Kedai kat dalam pun banyak yang tak bukak lagi.Boleh katakan,cuma 30% sahaja yang sedang operasi.Yang selebihnya tengah buat renovation.




Itupun tak meround sepenuhnya.Cuma nak survey-survey je.Mungkin ada lagi di bangunan sebelah sebab SSTwo Mall ada dua bangunan yang bersambung.Bangunan yang sebelah lagi tak sempat nak terjah.Kebanyakkannya kedai-kedai makan macam Secret Recipe,Tutti Fruty dll.




Yang mungkin akan jadi tarikan ialah Haven@2 yang berkonsepkan street bazaar lebih kurang macam The Curve.Dan di tepi-tepi bazaar tu ada bermacam pilihan untuk menikmati hidangan.Senang la kan kalau nak shopping.Patutnya datang time weekend,mungkin ada something yang menarik atau lebih meriah. Kalau ada event untuk Earth Hour 2011 sabtu ini mungkin jugak nak pegi.Belum decide lagi nak lepaking kat area mana. Yang stay di Kelana Jaya boleh lah lepaking di SSTwo Mall lepas ni.Dah tak perlu nak melalui jalan jammed ke Sunway dan jugak ke LDP untuk ke One Utama atau Mutiara Damansara. Join Facebook SSTwo Mall




p.s : Harap-harap lepas ni banyak lah kedai dibuka di SSTwo Mall,sebab kalau tak banyak kedai,tak ramai lah pengunjung.Adios.



+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei