Thursday, April 7, 2011

Bangunan SPRM Berhantu????

Posted Lady B at 3:03 PM

Yeke nih? Hahahahahaha...... Mana ade lah.Bukannya bangunan berhantu tapi orang yang naik hantu.Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai,arwah ni cuma guna kereta CRV lama dengan motor Kriss sahaja dan arwah tinggal dalam kuarters Kastam Kelana Jaya.


Kalau betul la arwah nak bunuh diri sekalipun,buat apa la dia nak pegi jauh-jauh.Naik je kat bangunan kuarters yang dia duduk tu,lagi tinggi. Perkara mati ni bukan boleh dibuat main.Mengambil nyawa sendiri bukannya senang dan salah di sisi agama Islam.Lagipun arwah seorang imam di surau kuarters,mana mungkin dia akan ambil jalan mudah dengan bunuh diri.Kita bercakap mengenai seseorang yang alim okay.Takde kena mengena dengan ustaz yang bunuh budak sekolah pasal kes kecurian.


Tapi mengambil nyawa orang lagi lah salah dan berdosa.Dah la salah orang lepas tu nak letak kesalahan atas si mati.Maklum lah arwah dah tak ada,boleh lah orang di luar cakap macam-macam.Bagi statement yang menjerat diri sendiri,ala-ala statement pun cam budak darjah 3.Adoyaiiiiiiiiiii.........


Secara logiknya,boleh tak kita pergi pejabat orang,officer lagi,nak masuk dalam bilik dan duduk sorang-sorang.Lagipun kebanyakkannya bilik-bilik pejabat ada cermin dan boleh nampak dari luar apa yang berlaku kat dalam.Ni setahu aku la kan.Melainkan bilik Ketua Pengarah.


Kita tengok je nanti apa lagi statement yang akan dikeluarkan.Tapi lagi banyak statement lagi banyak penipuan dan dimanipulasi pulak oleh wartawan-wartawan nih.Bukan niat nak cakap yang warga Kastam nih suci murni gitu,ada segelintirnya yang hitam berkarat.Tapi masalahnya ialah dorang dah tuduh orang yang salah.Itu je.



+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei