Sunday, October 24, 2010

Bengkel Di Universal Training Centre

Posted Lady B at 11:00 PM

Seharian di Putra Walk menghadiri Bengkel Teknik Penjagaan & Keselamatan Bayi Di Taska.Aku tak ada taska atau pusat penjagaan kanak-kanak tapi untuk ilmu.

Maklumlah kan kebanyakkan taska yang ada sekarang tak mengikut prosedur atau pun undang-undang yang telah ditetapkan.Pendek kata mostly taska haram la.Kalau tak de apa-apa masalah tak apa la,tapi kalau ada kes macam bayi mati ke kemalangan ke hah baru lah bermasalah besar.

Baru-baru ini,2 buah taska di Putrajaya kena tutup untuk sementara.Baby meninggal dunia disebabkan tersedak susu dan jatuh dari buaian.Jadi kalau tak ada ilmu kena la tuntut ilmu supaya tak mendatangkan masalah nanti.

Seperti Cikgu Aishah cakap,taska kena tutup satu hal la,naik turun mahkamah,kena saman dll,tapi kita as an operator taska akan mengalami trauma seumur hidup.Semuanya mungkin disebabkan kekurangan ilmu ataupun tidak alert kepada keselamatan dan kesihatan baby di taska.

Banyak juga ilmu yang dapat dari bengkel tadi.Jadi kepada sesiapa yang teringin buka taska atau pusat penjagaan kanak-kanak perlu mengetahui :
  • Kebersihan taska
  • Keperluan bahan hiasan di taska
  • Permainan dan aktiviti di taska
  • Penjagaan kesihatan bayi
  • Penyakit-penyakit berjangkit
  • Cara mandikan bayi
  • Keselamatan taska
Ini antara modul yang telah disampaikan oleh Cikgu Aishah yang merupakan Jurulatih JKMM dan juga Penasihat Universal sendiri.Berkelulusan Diploma Professional Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Malaya dan juga Master of Education in Early Childhood dari Paramount University,USA.

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri bengkel-bengkel seperti ini boleh menghubungi 014-229 7918 untuk bengkel-bengkel yang akan datang.Antara yang dijalankan di Universal ialah :


  • Bengkel,seminar dan kursus mengenai taska dan tadika,seperti KAAK
  • Taska dan Tadika di bawah pengurusan Universal
  • Taska dan tadika sedia ada ingin convert ke Universal
  • Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di bawah OUM
  • Tempat training

Nota kaki : Gambar tak ada sebab battery camera out :(



+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei