Saturday, February 20, 2010

Little Big Soldier

Posted Lady B at 5:49 PM

Semalam dah pegi tengok movie Jackie Chan yang latest.Memang menghiburkan.Tak rugi la beli tiket.Ahaks.Little Big Soldier lain dari filem-filem action Jackie Chan yang sebelum ni.Kalau tak caya pegi la tengok.Tengok trailer tu tak sama la dengan tengok kat panggung.Takkan faham jalan cerita dengan hanya tengok trailer je.

Little Big Soldier bermula selepas berlakunya peperangan di antara Liang dan Wei.Satu-satunya askar perang yang berpangkat rendah masih hidup lakonan Jackie Chan telah menjadikan jeneral Wilayah Wei [lakonan Lee Hom] sebagai tawanannya untuk dibawa pulang ke wilayah Liang bagi mendapatkan reward.

Di sepanjang pulang ke wilayah Liang,dia dan jeneral tersebut terpaksa bekerjasama untuk menghadapi rintangan yang melanda mereka.Antaranya mereka diburu adik kepada jeneral tersebut yang mana ingin membunuh jeneral.Kenapa dan mengapa tengok la sendiri kat panggung.Ahak...

Walaupun tak banyak aksi kung fu dari Jackie Chan tapi memang cerita ni menghiburkan.Ada unsur-unsur lawak dan tak bosan nak tengok.Tambahan lagu tema nya memang best dan unik *wink*... Yela Wang Lee Hom yang ensem punye lagu,'Astrology' tajuk lagu tuh.

Jadi korang-korang yang belum tengok lagi cite ni boleh la tengok trailer dulu yek.Apa yang aku nak bagitau,dalam trailer ni tak menggambarkan jalan cite yang sebenar.So u have to watch it.Chow...
p.s : Rasa-rasanye Lee Hom lebih sesuai berambut panjang kan...^_^



+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei