Thursday, March 18, 2010

Alice In Wonderland

Posted Lady B at 10:04 PM
Johnny Depp as Mad Hatter

Seronok tengok cite Alice in Wonderland.Tapi kat TGV Bukit Tinggi ni tak de 3D pulak.Tak best la kan.Malas lak nak pi KLCC semata-mata nak tengok 3D.Walaupun tak de 3D best jugak tengok.

Filem ni mengisahkan Alice Kingsleigh pegi ke satu majlis yang merupakan majlis pertunangannya tapi tanpa pengetahuan Alice.Semasa Hamish Ascot melamar Alice,die duk usha arnab lepas tu die ikut arnab tu sampai ke lubang yang mana menuju ke negeri Underland.

Di mana Underland ialah tempat yang Alice pegi 10 tahun lalu dan dia sendiri dah lupa.Bila tiba di Wonderland,Alice ingat kembali kawan-kawan semasa die kecil dulu termasuk la Mad Hatter.Watak ni feveret aku yek *wink*

Mad Hatter memberitahu Alice yang mana mereka memerlukan bantuannya untuk menewaskan Ratu Merah yang berkepala besar dan telah merebut Wonderland dari adiknya iaitu Ratu Putih.

Dalam cite ni tubuh Alice mengecil dan membesar dalam mencari dirinya yang sebenar dan juga dalam menyelamatkan kawan-kawannya dari Ratu Merah.Alice menyamar diri sebagai Um yang mana mempunyai tubuh badan yang agak besar dari manusia biasa.

Kalau nak tau jalan cite yang lebih details pegi la tengok kat TGV ke GSC ke.Tapi kalau nak kepuasan hati tengok 3D la *wink*....Chow....

p.s : Join Facebook Alice in Wonderland pastu vote who is your favourite character? Of coz la Mad Hatter kan....^_^ Tengok trailer ni lau nak tau best ke tak....

+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei