Aha...betul tuh.Memang kita akan dapat penyakit.Dengan apa? Dan kenapa?
Bulan lepas wa ke klinik gigi check gigi Yuna.Berlubang dan kena tampal.Suka makan chocolate dan tak gosok gigi sebelum tido.Nasib la.
Lepas tu doktor ada kasik ubat gigi Pureen.Semalam baru sempat baca leaflet sekali ngan ubat gigi tu.Pelik gak sebab doktor tu kasik PUREEN MATERNITY TOOTHPASTE - fresh mint flavor.Padahal aku bukannya pregnant pun.
Tu yang nak baca sangat.Sebab kat luar ubat gigi tu tulis ;
Dental Fluorosis
Menelan fluorida yang berlebihan boleh merosakkan sel pembentuk enamel gigi atau dikenali sebagai fluorosis gigi.Gigi demikian mempunyai kesan pelunturan warna yang nyata,kesan putih legap,keperangan atau hitam.
Effect in the Brain
Kajian terkini oleh University of South Florida menunjukkan pengambilan fluorida semasa berhubung-kait dengan peningkatan ketidakupayaan pembelajaran sebanyak 1% setiap tahun di kalangan kanak-kanak.Mengikut US National Research Council,fluorida berupaya mengganggu fungsi otak.
2.Why No Sodium Lauryl Sulfate?
Sodium lauril sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yang terkandung dalam ubat gigi biasa.Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang melindungi mulut.
Ubat Gigi Materniti Pureen sesuai untuk individu yang bermulut kering kerana rumusan ini tidak mengandungi sodium lauril sulfat.Mulut kering boleh disebabkan oleh tekanan,pengambilan ubat dan kekurangan vitamin.Gejala mulut kering termasuk gusi berdarah dan sakit,bibir merekah dan nafas berbau.
3.Why No Saccharin?
Sakarin disintesis daripada tar batu arang.Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan.US Environmental Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen.Ia boleh meresap masuk ke dalam plasenta dan mempengaruhi fetus.
Effect on the Stomach & Intestines
Menelan fluorida yang berlebihan boleh mengakibatkan muntah,kekejangan perut dan loya kerana ia bercampur dengan jus gastrik untuk merengsakan perut dan usus.
Effect on Bones
Keracunan fluorida yang kronik boleh mengakibatkan fluorosis tulang.Gejala fluorosis tulang adalah sakit sendi,kekejangan,pergerakan yang terhad dan dalam keadaan yang teruk,kecacatan.
Benefits of Xylitol
Xylitol merupakan sejenis pemanis semulajadi yang terkandung dalam serat buah-buahan dan sayuran,termasuk buah beri,kulit bijiran (e.g. gandum,barli,jagung,oat) dan cendawan.
Xylitol mencegah kerosakan gigi dengan
- Mengurangkan 'Streptococci mutans' dalam air liur dan plak.
- Merangsang rembesan air liur,yang meningkatkan pH plak dan meneutralkan asid yang dihasilkan daripada penapaian karbohidrat dalam diet kita.Air liur juga mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat.
Benefits of Triple Calcium & Phosphate
Ion kalsium dan fosfat merupakan ion yang penting untuk pemineralan enamel untuk mengekalkan gigi yang kuat dan mencegah kerosakan gigi.
Dwi kalsium fosfat dihidrat juga berfungsi membersih dan memutihkan gigi.
Benefits of Sodium Lauroyl Sarcosinate
Sodium lauroyl sarcosinate merencat enzim yang menguraikan gula menjadi asid.Ia juga merencat pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.
----------------------------------------------------------------------
So credit to Pureen untuk info kat atas nih yang wa ambik dalam leaflet Pureen.Info ni untuk berkongsi sahaja bukannya wa nak nasihatkan orang.Kang ada yang tak puas ati plak.Chow...
Sumber & Gambar : www.pureen.com.my/Oral-Care-/-Toothpaste/View-all-products.html
Artikel : dari leaflet percuma Pureen Maternity Toothpaste
Info Mengenai Fluoride : www.fluoridealert.org/health
+++ laislabonita +++
1 comments:
info tentang gigi rongak di SIHAT SELALU - Gigi Rongak Akibat Rhinitis
Post a Comment