Tuesday, August 3, 2010

Tambang Haji Naik

Posted Lady B at 11:14 PM

Tabung Haji (TH) akan menaikkan tambang haji sebanyak 11% dari RM8,973 menjadi RM9,980 seorang.Kenaikan ini disebabkan Kerajaan Arab Saudi menaik taraf penginapan dan juga pengangkutan di Tanah Suci.

Jadi,untuk bakal-bakal jemaah haji perlu ada sekurang-kurangnya RM10k termasuk juga kos persediaan sebelum pegi haji.Rasa-rasanya amaun tu banyak ke sikit? Tapi kalau nak ikutkan tambang haji di Malaysia ni masih di paras yang rendah berbanding dengan negara lain.Mula la menyimpan sekarang dalam Tabung Haji yek kalau nak pegi 4,5 tahun lagik.

Sebelum ni pihak Tabung Haji (TH) dah bagi subsidi sebab nak kekalkan tambang haji tu.Mungkin kerana banyak kenaikan kos jadi pihak TH tak dapat nak menampung lagi.

Oleh kerana itu,jangan lah nak pertikaikan tambang haji mahal.Kita yang perlu menyimpan awal kalau nak pegi menunaikan haji dalam usia yang muda remaja.Yela selalunya yang pegi buat haji ni kebanyakkannya dah berumur,mungkin baru pencen.
Kita mampu beli kereta besar,umah besar,jalan-jalan luar negara tapi bila tang pegi haji RM10k,mahalnya....Bukan aku cakap kat orang lain tapi cakap untuk diri sendiri.Rasa-rasanya dah lama tak menyimpan lam tabung haji tuh.Apa-apa pun jom daftar dulu kat sini.Chow
+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei