Monday, August 2, 2010

Ubat Gigi Boleh Menyebabkan Penyakit?

Posted Lady B at 11:17 AM

Aha...betul tuh.Memang kita akan dapat penyakit.Dengan apa? Dan kenapa?

Bulan lepas wa ke klinik gigi check gigi Yuna.Berlubang dan kena tampal.Suka makan chocolate dan tak gosok gigi sebelum tido.Nasib la.

Lepas tu doktor ada kasik ubat gigi Pureen.Semalam baru sempat baca leaflet sekali ngan ubat gigi tu.Pelik gak sebab doktor tu kasik PUREEN MATERNITY TOOTHPASTE - fresh mint flavor.Padahal aku bukannya pregnant pun.

Tu yang nak baca sangat.Sebab kat luar ubat gigi tu tulis ;

NO Sodium Lauryl Sulfate
NO Saccharin


Majoriti dah tau fluorida ni tak elok untuk kesihatan tapi ramai gak yang guna ubat gigi ada fluorida.Wa nak share apa yang ada lam leaflet tu.Sharing is caring kan..:)))
-----------------------------------------------------------------
Why Pureen Maternity Toothpaste?
-->>> Ubat Gigi Materniti Pureen merupakan rumusan yang selamat untuk wanita hamil kerana ia TIDAK MENGANDUNGI Fluorida,Sodium Lauril Sulfat dan Sakarin.
Rumusan yang lembut ini mengandungi 8% Xylitol untuk merangsang rembesan air liur dan mencegah kerosakan gigi dan 2.1% Sodium Lauroyl Sarcosinate untuk mencegah nafas berbau.Kalsium dan Fosfat juga ditambah untuk membantu memperkuat dan memutihkan gigi.
1.Why No Fluoride?
Fluorida adalah lebih toksik daripada plumbum dan sedikit kurang toksik berbanding dengan arsenik.Ia merupakan bahan buangan industri pembuat baja dan racun tikus dan serangga.Fluorida adalah toksik,boleh memudaratkan kesihatan dan memberi kesan kumulatif dalam badan manusia walaupun diambil dalam amaun yang kecil.Kajian menunjukkan bahawa fluorida boleh meresap masuk ke dalam plasenta.

Dental Fluorosis

Menelan fluorida yang berlebihan boleh merosakkan sel pembentuk enamel gigi atau dikenali sebagai fluorosis gigi.Gigi demikian mempunyai kesan pelunturan warna yang nyata,kesan putih legap,keperangan atau hitam.

Effect in the Brain

Kajian terkini oleh University of South Florida menunjukkan pengambilan fluorida semasa berhubung-kait dengan peningkatan ketidakupayaan pembelajaran sebanyak 1% setiap tahun di kalangan kanak-kanak.Mengikut US National Research Council,fluorida berupaya mengganggu fungsi otak.

2.Why No Sodium Lauryl Sulfate?

Sodium lauril sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yang terkandung dalam ubat gigi biasa.Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang melindungi mulut.

Ubat Gigi Materniti Pureen sesuai untuk individu yang bermulut kering kerana rumusan ini tidak mengandungi sodium lauril sulfat.Mulut kering boleh disebabkan oleh tekanan,pengambilan ubat dan kekurangan vitamin.Gejala mulut kering termasuk gusi berdarah dan sakit,bibir merekah dan nafas berbau.

3.Why No Saccharin?

Sakarin disintesis daripada tar batu arang.Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan.US Environmental Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen.Ia boleh meresap masuk ke dalam plasenta dan mempengaruhi fetus.

Effect on the Stomach & Intestines

Menelan fluorida yang berlebihan boleh mengakibatkan muntah,kekejangan perut dan loya kerana ia bercampur dengan jus gastrik untuk merengsakan perut dan usus.

Effect on Bones

Keracunan fluorida yang kronik boleh mengakibatkan fluorosis tulang.Gejala fluorosis tulang adalah sakit sendi,kekejangan,pergerakan yang terhad dan dalam keadaan yang teruk,kecacatan.

Benefits of Xylitol

Xylitol merupakan sejenis pemanis semulajadi yang terkandung dalam serat buah-buahan dan sayuran,termasuk buah beri,kulit bijiran (e.g. gandum,barli,jagung,oat) dan cendawan.

Xylitol mencegah kerosakan gigi dengan

  • Mengurangkan 'Streptococci mutans' dalam air liur dan plak.
  • Merangsang rembesan air liur,yang meningkatkan pH plak dan meneutralkan asid yang dihasilkan daripada penapaian karbohidrat dalam diet kita.Air liur juga mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat.

Benefits of Triple Calcium & Phosphate

Ion kalsium dan fosfat merupakan ion yang penting untuk pemineralan enamel untuk mengekalkan gigi yang kuat dan mencegah kerosakan gigi.

Dwi kalsium fosfat dihidrat juga berfungsi membersih dan memutihkan gigi.

Benefits of Sodium Lauroyl Sarcosinate

Sodium lauroyl sarcosinate merencat enzim yang menguraikan gula menjadi asid.Ia juga merencat pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.

----------------------------------------------------------------------

So credit to Pureen untuk info kat atas nih yang wa ambik dalam leaflet Pureen.Info ni untuk berkongsi sahaja bukannya wa nak nasihatkan orang.Kang ada yang tak puas ati plak.Chow...

Sumber & Gambar : www.pureen.com.my/Oral-Care-/-Toothpaste/View-all-products.html

Artikel : dari leaflet percuma Pureen Maternity Toothpaste

Info Mengenai Fluoride : www.fluoridealert.org/health

+++ laislabonita +++

1 comments:

armouris on August 9, 2010 at 12:58 AM said...

info tentang gigi rongak di SIHAT SELALU - Gigi Rongak Akibat Rhinitis

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei