Tuesday, September 21, 2010

Claim Insurance

Posted Lady B at 5:25 PM


Baru je balik beraya kena jumpe doc pulak.Dahla kena selsema yang buatkan hidung ku blocking.Leceh la.

Pagi tadi jumpe Dr Jennifer yang sporting and best.As usual check hidung ku yang tersumbat.Ni yang buatkan terasa pedih2 dan geli2 je lam hidung.Tapi untuk kebaikan biar jela.

Lepas amik ubat aku ke Jabatan Rekod Perubatan,untuk amik summary report nak claim insurance.Agent aku yang suh pi amik sendiri.Nasib la kan.Tapi biasa la report ngan gomen ni kena tunggu 6-8 minggu baru dapat.

Aku operate di hospital kerajaan so kena mintak summary report dengan doktor la.Kalau buat di swasta tak payah.Nak amik report tu bukan nya susah pun.Ingatkan banyak prosedur tapi tak pun.

Kalau di HTAR naik lif ke tingkat 3,pastu carik la pejabat Jabatan Rekod Perubatan.Tak payah amik nombor yek sebab dorang guna buku.So tulis je nama kat buku tuh dengan I/C no,nak mintak ape dan sign je.

Lepas tu tunggu je pegawai dorang panggil nama.Then bagitau je la nak mintak report untuk claim insurance.Sepatutnya agen yang datang,ataupun sedara terdekat.Takkan la pesakit lak nak datang ofis kan.Thats why la aku tunggu next appointment baru datang sini.

Tapi pegawai kat situ terkejut gak agen suh aku amik sendiri report tuh.Tanpa ade apa-apa borang pun.Lantakla.Kalau tak boleh aku malas nak claim gak.Buat apa nak susahkan diri sendiri kan.

Aku pegi pun sebab nak tau claim process dan jugak prosedur hospital documentation.Cuma untuk dapatkan report tu kena tunggu sebulan lebih.Yang tu normal la kan deal ngan kerajaan nih.

Yang masalahnya aku operate bulan 7 lagik.Kalau agen aku tu pi mintak report dulu,sekarang mungkin dah siap.Dan dah boleh claim.Susah gak kan tak dapat layanan yang sepatutnya.Dah la aku operate pun tak datang,lepas operate pun tak datang.

Bukan nak layanan VIP pun cuma teringat la,sebelum aku amik insurance tu beria-ia la.Tapi bila dah ade kes macam tak kisah pun.Untuk apa kita amik insurance kan?Bukan nak sedekah,tapi untuk kegunaan diri sendiri kalau ade masalah.Kalau nak sedekah baik aku sedekah kat rumah anak-anak yatim ke ibu-ibu tunggal ke.Dapat gak pahala.

Bukan niat nak marah atau nak letak kesalahan atas orang lain,cuma terpikir ape motif aku amik insurance.Aku tak nak buat operate di hospital swasta sebab aku dah buat treatment di Pakar ENT sejak tahun lepas,so better operate dengan doc yang treat kite.

Lagipun dah banyak dengar masalah orang lain yang operate di swasta,kena buat lagi di hospital kerajaan.So tak nak ade masalah dengan nak operate banyak kali,aku decide buat di HTAR.Lagipun doktor nye baik dan setakat ni aku takde masalah servis tak bagus.

Bila pikir-pikir balik,no point la aku amik medical card PruBSN ni.Sebab aku operate guna government letter.Baik amik PA je kan.Kalau nak dok spital swasta ok sesangat ade medical card nih.Tapi apa-apa pun insurans penting untuk diri sendiri dan keluarga.

So patut tak aku terminate medical card dan amik life insurance saje.Pendapat please.....Chow


p.s : Dyla dah terminate ek...tapi okla Felda lagi banyak benefitnye.Siap deliver baby kat spital swasta pun ditanggung 90% *smile*

+++ laislabonita +++

0 comments:

 

:: Lady Bonita :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei